Tuesday, January 28, 2014

KHALID SAMAD WAJAR TUNTUT JAWATAN MB SELANGOR JIKA KHALID IBRAHIM DIGULINGKAN PKR

Ungkapan ADUN PKR yang meletak jawatan berbunyi " untuk mengukuhkan kebolehan PR berkhidmat untuk rakyat Selangor" membawa teka teki.

Adakah beliau merasakan dirinya tidak cukup hebat untuk membantu PR mentadbir Selangor dengan beik atau ada unsur lain yang dimaksudkannya.

Berbagai andaian dibuat terhadap kenyataan beliau itu. Ada yang meramal tindakannya adalah untuk membolehkan Anwar Ibrahim bertanding di DUN yang dikosongkannya bagi membolehkan beliau merampas jawatan MB dari Khalid.

Azmin Ali tidak terlepas daripada andaian untuk merampas kedudukan MB daripada Khalid.

Jika benar kedudukan MB jadi rebutan, bagi gua tiada yang lebih layak selain daripada seorang lagi Khalid dalam Pakatan Rakyat.

Perlu diingat, PKR bukan lagi parti dominan dalam kerajaan PR Selangor kerana memenangi kerusi paling sedikit dalam gabungan tiga parti itu. PAS lebih layak menjawat jawatan tersebut berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi.

Walaupun PAS menolak jawatan tersebut dan menyerahkannya kepada Khalid Ibrahim berdasarkan prestasi penggal lalu, kali ini PAS perlu menuntut hak tersebut dengan sokongan DAP dan PKR. Khalid perlu berbuat demikian bukan kerana gila pangkat tetapi menyelamatkan kerajaan PR Selangor daripada diabkan perebutan kuasa antara pemimpin PKR.

Perbuatan berebut jawatan MB ini tidak kira apapun alasannya tidak boleh berlaku dalam gabungan Pakatan Rakyat apatah lagi dalam keadaan Khalid Ibrahim berjaya mentadbir Selangor dengan bermaruah. Jika Khalid bermasalah beliau pasti sudah ditahan SPR/Polis kerana UMNO BN perlukan publisiti daripada penahanannya.

Jika dasar parti tidak dituruti Khalid Ibrahim maka segalanya perlu dinbincang dalam parti atau mungkin dengan melibatkan semua ADUN PR Selangor dalam satu permuafakatan. Jika diminta berundur secara muafakat rasanya Khalid Ibrahim akan akur kerana beliau bukan orang miskin. Beliau sudahpun jutawan sebelum menyertai politik.

Orang yang fitnah dirinya pun dimaafkan tanpa meminta walau satu sen wang ganti rugi. Itulah Khalid Ibrahim. Duit bukan soal baginya. Dia anak jati Selangor. Pastinya dia mahu yang terbaik untuk negeri tumpah darahnya.

Jika benar ada usaha untuk menggulingkan Khalid Ibrahim, maka kelompok penyokong Azmin Ali perlu bertanggungjawab membawa kepada kemelut kerajaan PR Selangor sekarang. Kemelut ini sudah lama diapi-apikan iaitu sejak penggal pertama Khalid Ibrahim memegang jawatan MB.

Seharusnya mereka sedar akan implikasi tindakan mereka dan insaflah!!!

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dari PKR Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan hari ini mengatakan beliau mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk kepentingan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. 
Lee yang baru sahaja menjadi Adun selepas pilihan raya 5 Mei lalu juga mengucapkan terima kasih kepada pengundi Kajang yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk berkhidmat.
"Keputusan saya untuk mengosongkan kerusi DUN N25 Kajang adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor," kata Lee dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider. 
"Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan terhutang budi kepada semua pengundi di Kajang yang telah memberi peluang kepada saya menjadi wakil rakyat DUN N25 Kajang." 
Sumber PKR mengatakan peletakan jawatan Lee bertujuan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi tersebut bagi membolehkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.  ~tmi

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini terutama yang berunsur agama disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

5 comments:

  1. Malangnya Khalid Samad seorang ahli parlimen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pakat dgn adun PAS suruh letak jawatan.. wakaka

      Delete
  2. Maaf, mohon berbeda. Analisa saudara terhadap sepak terjang politik Selangor terlalu dangkal & mentah. Khalid Samad tak mungkin menuntut Kerusi Mentri Besar kerana:

    1) Khalid Samad bukan seorang ahli Dewan Undangan Negeri. Untuk menjadi MB seseorang itu perlu menjadi ADUN di Selangor. Khalid Samad adalah ahli Parlimen, bukan DUN.

    2) Khalid Samad tidak lagi memegang sebarang jawatan di peringkat negeri Selangor. Setelah penyusunan semula Pesuruhjaya2 PAS negeri2 pada akhir tahun lalu yang menyaksikan Dr Rani Othman diganti dengan Iskandar Samad sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad telah diketepikan.

    Ada rivalry pengaruh antara Iskandar Samad dan Khalid Samad dalam PAS Selangor semenjak zaman Hassan Ali masih menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor. Iskandar Samad tidak menyenangi Khalid Samad kerana Khalid Samad dilihat sebagai pemimpin yang terjun ke dalam PAS melalui jemaah yang pernah menentang PAS (IRC - kumpulan Pelajar Islam di UK yg agak berpengaruh suatu ketika dahulu di awal tahun2 80an )

    Iskandar Samad juga kurang senang dengan sikap Khalid Samad yang dinilainya terlalu vokal. Contohnya dalam isu Hassan Ali yang menjadi duri dalam daging kerajaan negeri Selangor suatu ketika dahulu, Khalid Samad mengambil pendekatan combative -menyerang dan mendedahkan tindaktanduk politik Hassan Ali yang cuba bersekutu dengan UMNO di balik layar. Walaupun tindakan & keberanian Khalid Samad ini sebenarnya baik pada Pakatan Rakyat & wajar dipuji, hal ini tidak disenangi oleh kelompok Iskandar Samad yang lebih cenderung menjulang formalitas & hieraki dalam Parti. Tindakan Khalid Samad dilihat telah memangkah & mengenepikan kedudukan Iskandar Samad yang menjadi timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri ketika itu. Di waktu itu, Iskandar Samad memang bersekutu rapat dengan Dr. Hassan Ali, walaupun beliau akhirnya mengambil tindakan berdiam diri ketika Hassan Ali mula menjadi liabiliti pada PAS & Pakatan Rakyat.

    Iskandar Samad berhasil memperkukuhkan pengaruhnya setelah PRU 13 terutama hubungannya dengan Presiden PAS yang membawa kepada pengguguran Dr Rani Othman tanpa sebab yang jelas sedangkan sebagai Pesuruhjaya Selangor, Dr, Rani berjaya mencatatkan rekod kejayaan terbaik PAS dalam sejarah Selangor dengan PAS berhasil memenangi 15 kerusi DUN.

    Perlantikan Iskandar Samad sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor memberi peluang kepadanya untuk terus memperkukuhkan lagi kedudukannya di Selangor dengan menyingkirkan seterunya - Khalid Samad & Saari Sungib daripada memegang sebarang jawatan di peringkat negeri Selangor.

    Kemelut dalaman yang melanda PKR Selangor hingga membawa kepada Pilihanraya Kecil DUN Kajang & pencalonan Anwar untuk bertanding disitu bakal menguji watak & sikap politik sebenar Iskandar Samad yang menjadi EXCO Selangor. Telah muncul suara2 di Peringkat Pemuda PAS Selangor yang mahu Iskandar Samad mengambil alih jawatan Mentri Besar Selangor dengan hujah PAS lebih banyak kerusi DUN (15) berbanding PKR (kini 13 - setelah kerusi DUN Kajang di kosongkan).

    Hal ini tentunya tidak wajar kerana umum maklum apa yang terjadi di Kerusi DUN Kota Damansara. Pengkianatan calon PAS yg terus mahu bertanding 3 penjuru menentang PKR & BN mengakibatkan PKR (yang diwakili oleh PSM) tewas dikerusi yg telah dimenangi mereka pada pilihanraya 2008. Impak dari pengkhianatan PAS dibeberapa kerusi sewaktu PRU 13 terhadap kemenangan PKR dan Pakatan Rakyat tidak boleh diperkecilkan begitu sahaja. Sekarang sikap pengkianatan yang sama mahu dijelmakan kembali, kini secara resmi tanpa berlapik & berselindung lagi dizaman Iskandar Samad menjadi Pesuruhjaya PAS negeri Selangor.

    Setelah membaca & merenung analisa saya ini, mudah2an saudara lebih memahami sepak terjang politik Selangor. Alasan2 yang saya kemukakan inilah yang membuatkan saya merumuskan usul saudara supaya Khalid Samad menjadi MB itu mentah, dangkal malah mengarut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah!! begitu ceritanya. Best. anda hebat. elok juga entri bodoh saya ini hingga menyebabkan telanjangnya kisah dalam PAS Selangor.

      Delete
    2. soal mp tak jadi masalah sebenarnya. boleh buat perkara sama seperti PKR buat. yang masalah ialah kedudukan khalid samad dalam PAS selangor seperti yg sdr dedahkan.

      Delete