Wednesday, January 29, 2014

KHALID IBRAHIM BUKAN JANTAN BACUL

Dalam sibuk-sibuk  sana-sini mahukan Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, Khalid menyatakan pendiriannya dengan tegas bahwa hanya akan berhenti atas kehendak sendiri. Maksudnya tiada siapa mampu memberi tekanan kepadanya untuk meletak jawatan.

Rakyat Selangor, (org umno tka masuk kira) mahukan Khalid kekal sebagai MB. Tiada cerita busuk nmengenai Khalid dapat disahkan mana-mana pihak termasuk umno sebagai pembangkang di Selangor.

Cubaan memfitnah beliau dapat ditepis dengan berani di mahkamah. Tak sampai masuk mahkamah si tukang fitnah datang menyembah mohon ampun dan akui kesalahan.

Mengapa AMK nak jatuhkan Khalis?

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau hanya akan berhenti dengan kemahuan beliau sendiri. 
Beliau yang memegang kerusi panas itu berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan kerana tekanan atau desakan dari sesiapa pun. 
"Jika saya berhenti, ia keputusan saya sendiri. Itu sahaja," kata beliau dalam temuramah bersama Malaysiakini hari ini. 
Beliau memberi komen kemungkinan jawatan beliau bakal digantikan oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal bertanding di pilihan raya kecil DUN Kajang tidak lama lagi. 
Menurut Khalid beliau hanya membuat keputusan sekiranya sampai masa yang sesuai dan sehingga kini, tiada perbincangan mengenai pertukaran menteri besar. 
Beliau menyifatkan tekanan dan desakan dari semua pihak termasuk parti beliau sendiri hanya merupakan sebahagian dari asam garam dunia dan perjuangan politik beliau.

"Tekanan adalah perkara kecil saya fikirkan. Orang tanya bagaimana saya tidak gila dengan semua tekanan ini. Saya jawab 'turun naik' adalah sebahagian hidup. Saya bermula di pasaran saham," kata beliau. 
Bagaimanapun Khalid berkata beliau mungkin memberi laluan dan mengundur diri sekiranya diminta oleh Anwar sendiri. 
"Saya akan (berhenti) jika perlu. Tapi jika saya tak rasa perlu (berhenti), dua perkara akan berlaku. Jika saya tak boleh nak ubah saya berhenti. Jika saya boleh, saya akan teruskan (kerja politik)," kata beliau.-mk

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini terutama yang berunsur agama disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment