Sunday, January 19, 2014

KERAJAAN NEGERI KEKAL KUASA TENTU HARGA AIR

Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk menentukan kadar harga air di Selangor dalam penstrukturan industri air.

Manakala pemberian 20 meter padu air percuma dalam Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) kepada rakyat diteruskan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Negeri mempunyai kuasa dalam penstrukturan air di Selangor dan boleh menentang hasrat Kerajaan Pusat sekiranya bertindak mengawal keseluruhan industri air.

Katanya, sekiranya Kerajaan Pusat mengawalnya ia bertentangan dengan Akta 655 Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) yang menyatakan ia mesti diserahkan kepada Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Pusat menggunakan Seksyen 114, Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA 2006) ekoran kegagalan Kerajaan Negeri memuktamadkan rundingan dengan empat syarikat konsesi air yang berakhir 31 Disember 2013 lalu.

“Kerajaan Negeri boleh menggunakan Seksyen 115 iaitu ia akan diserahkan kepada orang yang memiliki aset-aset air iatu Kerajaan Negeri,” katanya.

Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri masih mengekalkan tawaran sebanyak RM9.65 bilion dalam penstrukturan itu.

“Modus operandi pembayaran akan dibincangkan kemudian bersekali dengan pemilikian saham emas yang dimiliki oleh Kerajaan Pusat,” kata Abdul Khalid - Norhayati Umor - selangorkini


adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment