Thursday, January 23, 2014

JUTAAN PEMINAT NOH OMAR KECEWA TIDAK DAPAT SAKSIKAN DEBAT DENGAN KHALID SAMAD



Punyalah garang Noh Omar mencabar sesiapa sahaja yang mahu berdebat dengannya tentang isu kalimah ALLAH dari sudut perundangan dan agama .

Setelah cabaran disambut Khalid Samad, ramai peminat politik tanah air mengharapkan debat tersebut akan disiar secara langsung oleh mana-mana siaran TV dalam negara seperti mana debat Anwar Ibrahim dengan Shabery Chik.

Ramai ingin melihat sehebat manakah Noh Omar yang berlagak angkuh membuat cabaran secara terbuka beberapa hari lalu.

Mengapa perlu diadakan secara tertutup?

Tidak dapat tidak, ramai pasti mencongak tiada rangkaian tv sanggup melihat perkara buruk yang menimpa Shabery Chik ketika berdebat dengan Anwar Ibrahim berulang kembali. Siapa pun yang menyaksikan siaran langsung atau siaran semula debat tersebut akan mengakui kehebatan ilmu DSAI berbanding Shabery.

Jika siaran langsung debat Noh Omar dengan Khalid Samad disiar mana-mana stesen tv Malaysia dan sesuatu yang memalukan umno berlaku, maka akan terperosoklah imej umno ke lembah paling hina di Mata masyarakat.

Khalid Samad adalah seorang ahli politik yang berkelulusan ijazah pertama dalam bidang  Fuel and Energy Engineering dari Leeds University pada 1979.

Malangnya tahap pendidikan Noh Omar tidak diketahui kerana carian di dua sumber wikipedia tidak menyentuh langsung akan pendidikan beliau. Sila rujuk wiki dan wiki 

Diharap ada rakaman video debat dua ahli politik ini diedarkan di internet untuk kita sama-sama menilai sejauh mana hebatnya individu bernama Noh Omar.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment