Sunday, January 5, 2014

JAWAPAN HEBAT MUFTI TERHEBAT DUNIA

Jawapan hebat daripada seorang mufti berkelulusan hebat juga. Buat fatwa tanpa merujuk persekitaran nyata sekali menunjukkan Harussani bercakap ikut suka hati berdasarkan kefahaman dia.

Apabila ditegur para cendekiawan Islam jawapannya senang sahaja, tak mahu orang Islam diperbodohkan orang kafir. Sekali lagi menunjukkan dia membutakan matanya dan memekakkan telinga.

Perhimpunan TURUN bukanlah anjuran Ambiga atau DAP tetapi kehendak rakyat Malaysia yang berasa tertekan dengan peningkatan harga barang sejak BN mulai menerajui semula kerajaan. Setiap barangan dan perkhidmatan meningkat harganya satu persatu.

Siapa kafir yang dia maksudkan? Adakah dia merujuk mahasiswa sebagai KAFIR kerana seruan pertama perhimpunan TURUN dilakukan oleh mahasiswa.

Nah, baca alasan mufti kelas tinggi ini!


“Saya berkata yang benar, bukan mencari publisiti murahan dan tidak akan berganjak daripada pendirian,” tegas beliau.

“Jika ada yang hendak buat laporan polis, itu hak mereka. Apa yang dikatakan itu adalah fahaman saya terhadap Islam. Saya bukan hendak mencari publisiti.”

“Saya bertanggungjawab ingatkan umat Islam yang terbabit akibat hasutan orang kafir, sedangkan orang kafir tidak menyertai perhimpunan haram itu, sampai bila umat Islam (mahu) diperbodohkan,” katanya lagi.

Pengakuan Mufti ini tentang fahamannya maksud ‘bughah‘ yang dikeluarkan sebelum ini. Hanya setakat itu yang beliau faham tentang maksudnya berlainan dengan kefahaman pakar-pakar agama lain.



adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment:

  1. Memang sah...memang muktamat.... dia ni mufti taraf baghal.

    ReplyDelete