Monday, January 20, 2014

JANGAN TAK PERCAYA LEE KUAN YEW PUN BERKETURUNAN INDONESIA JUGA

Menurut sebuah blog dari Indonesia, banyak orang terkenal di seluruh dunia berketurunan Indonesia. Mereka termasuklah beberapa pemain bolasepak terkemuka Eropah yang mewakili Belanda seperti Robin Van Persie, John Heitinga, Demy De Zeeuw, Nigel de Jong, Denny Landzaat, Giovanni van Bronckhorst.

Tambah penulis blog itu lagi, Ada yang berdarah Ambon seperti Christian Supusepa, Justin Tahapary, Michael Elias Timisela. Ada yang keturunan Batak seperti Radja Nainggolan, dan keturunan Jawa seperti Leroy Gerald Resodihardjo.

Penulis blog juga menyiarkan asal usul beberapa pemimpin tertinggi Malaysia dan Singapura. Menurut beliau Singapura pernah mempunya Perdana Menteri keturunan Indonesia, iaitu Lee Kuan Yew yang berdarah Semarang dan Pontianak dari kedua neneknya.

Bahkan presiden pertama Singapura, Yusof Ishak, yang wajahnya diabadikan dalam pecahan uang kertas Singapura, merupakan keturunan Minangkabau, Sumatera Barat. Zubir Said, sang pencipta lagu kebangsaan Singapura juga lahir di Bukittingi, Sumatera Barat.


Malaysia lebih ajaib lagi. Sejak Malaysia berdiri, negara itu baru memiliki enam orang Perdana Menteri, dan separuhnya adalah keturunan Indonesia. Tun Abdul Razak (Perdana Menteri ke-2 sekaligus bapak pendiri Malaysia), Najib Tun Razak (anak dari Tun Abdul Razak sekaligus Perdana Menteri Malaysia saat ini), dan Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia ke-5) semuanya adalah keturunan Bugis, Sulawesi Selatan.

kredit kepada - http://sosbud.kompasiana.com/2010/12/02/fakta-fakta-unik-tentang-indonesia-2-322151.html

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment