Tuesday, January 14, 2014

INI BUKAN KOMEDI - MENTERI PAW DUIT RAKYAT KAW-KAW PUNYA

ANDA NILAI SENDIRI MACAM MANA MENTERI PAW DUIT RAKYAT KAW-KAW PUNYA

SATU I-KAD RM110, JUMLAH PEKERJA ASING 2.3 JUTA, 
2.3 JUTA DARAB RM110 = 230 JUTA

SYKT BERTUAH MANE AKAN DAPAT KONTRAK BUAT I-KAD NI? KALAU UNTUNG 20% JE DAH RM46 JUTA, PERGHH....KORANG RASE UNTUNG 20% KE 50%, ATAU LEBIH???

TAPI MASALAHNYA RM230 JUTA TU DUIT SAPE? 

DUIT TOKEY PEKERJA ASING LA TERMASUK LU ORANG YANG JADI TOKEY KEPADA BIBIK-BIBIK YG DOK KT RUMAH LU ORANG TU, 

DALAM ERTI KATA LAIN DUIT RAKYAT MALAYSIA AKAN DIPERAH LAGI SEBANYAK RM230 JUTA UNTUK PROJEK KEMBUNGKAN KANTUNG KRONI.....

SETUJU TAK SETUJU ITU HAK MASING-MASING. TAPI PANDANGAN GUA BEGITU....

Pandangan komedi anak buah kangkung
AYAM MAHAL, JGN MAKAN AYAM, MAKAN IKAN
TAK SUKA UMNGO/BN, BERAMBUS DARI MALAYSIA
TAK SUKA I-KAD, JGN AMBIK WARGA ASING, AMBIK WARGA M’SIA JADI BIBIK....HEHE.....


JANGAN GAJI PEKERJA ASING JIKA TIDAK BERSETUJU DENGAN KOS I-KAD - AHMAD ZAHID

Bernama Media – 22 hours ago

ALOR GAJAH, 12 Jan (Bernama) -- Majikan yang tidak bersetuju dengan kos
RM110 bagi i-Kad, tidak perlu mengambil pekerja asing bekerja di syarikat
mereka, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata pada masa ini, kos bagi mengambil pekerja asing di Malaysia
masih jauh lebih rendah berbanding yang dikenakan negara-negara lain walaupun
dengan bayaran i-Kad tersebut.
"Kalau tidak setuju jangan ambil pekerja asing, hantar mereka pulang...di
negara lain seperti Singapura dan UAE (Emiriah Arab Bersatu), mereka membayar
tidak kurang daripada US$5,000 bagi setiap pekerja.
"Di Malaysia levi paling tinggi cuma RM1,850 dan dengan pemeriksaan
kesihatan, i-Kad dan pelbagai barayan lain, mereka membayar tidak lebih daripada
RM3,000," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra
sambutan pelajar baharu Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka di sini, hari
ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar
semalam mengenai Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) yang membantah
langkah kerajaan mengenakan bayaran RM110 untuk seorang pekerja asing memiliki
i-Kad kerana didakwa membebankan para majikan.

-- LAGI
ZAHID-KAD 2 (AKHIR) ALOR GAJAH

Kira-kira 2.3 juta pekerja asing yang telah berdaftar untuk Program 6P wajib
memiliki i-Kad yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan selewat-lewatnya akhir
tahun ini sebagai usaha membanteras pendatang asing tanpa izin di negara ini.
Ahmad Zahid berkata majikan di negara ini sepatutnya menggaji rakyat
tempatan yang masih ramai memerlukan pekerjaan.
Bagaimanapun, katanya para majikan sering kali memberikan alasan bahawa
rakyat tempatan tidak mahu bekerja di sektor tertentu yang dipelopori warga
asing pada masa ini.
"Jangan mengganggap orang tempatan tak nak bekerja tetapi kerajaan telah
menetapkan gaji minimum, mereka hendaklah diberikan gaji minimum dan beberapa
faedah...masalahnya mereka (majikan) mahu untung banyak, menggaji rendah,"
katanya.
-- BERNAMA

adios
Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

3 comments:

  1. nak tenguk menteri mana berani cakap: "KALAU TAK SUKA KAT UMNO DAH, PRU14 NANTI JANGAN UNDI KAMI DAH .....!!!" .....ada berani ka tambi...???????

    ReplyDelete
  2. haram jadah punya kerja ! ABU !

    ReplyDelete