Tuesday, January 7, 2014

HARGA TELUR RM 11.00 SETIAP 30 BIJI

Mana muka menteri yang hebat sangat nak kawal harga barang. Nak bagi tindakan apa kat peniaga ni? ADA ASAS KE NAK HALANG MEREKA NAIKKAN HARGA BARANG?
Harga telur ayam tidak akan kurang dari RM11 satu papan yang mengandungi 30 biji mulai 1 Januari lalu dan tidak mungkin diturunkan pada harga lama sampai bila-bila.

Itu kata penjual telur ayam di Balakong, Cheras sambil menyifatkan kenaikan harga telur sudah tidak dapat dikawal lagi walaupun banyak pelanggan yang mengadu mahal.

“Pertengahan tahun lalu, telur gred AA masih boleh dijual pada harga bawah RM10 tetapi mulai tahun ini, harga jualan melebihi RM11 satu papan 30 biji.

“Harga telur kita jual ikut pasaran semasa. Lagi sekarang barang semua sudah naik, kita pun terpaksalah naikkan harga jualan," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, telur memang sentiasa ada permintaan dan tidak pernah mencukupi walaupun harganya dinaikkan. Orang tetap akan beli terutama peniaga kedai makan, kata peniaga telur, Lim Kang Tee.

Katanya, telur gred yang paling kecil turut dijual pada harga melebih RM10 kerana untung mengimbangi harga pasaran.

“Ini bukan soal untung banyak atau sedikit tetapi kita sebagai peniaga tahu orang tetap mahu makan telur setiap hari. Lagipun, harga yang dinaikkan tidaklah membebankan orang ramai,” ujarnya.--MalaysiaGazette

Mana muka menteri yang hebat sangat nak kawal harga barang. Nak bagi tindakan apa kat peniaga ni?

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment