Monday, January 6, 2014

HAKIKAT KERJAYA GURU DI MALAYSIA


Gua terus-terusan mendedahkan keburukan memilih kerjaya sebagai guru untuk memberi gambaran sebenar kerjaya guru masa kini. Dengan pelbagai kerja tidak munasabah yang disediakan oleh kementerian dan ditambah pula oleh perangai palajar yang semakin hari semakin teruk, kerjaya guru bukanlah terbaik.

Ini ditambah pula dengan cadangan untuk mewajibkan umur bersara pada usia 60 tahun ke atas semua penjawat awam.

Adalah diharapkan agar para pelajar universiti yang punyai kelulusan terbaik tidak memilih kerjaya guru kerana lebih banyak buruk daripada baiknya.

Dari segi ekonomi kerjaya perguruan bukanlah menjamin pendapatan tinggi seperti kerjaya lain yang layak untuk seseorang yang hebat kelulusannya.

Dengan gaji permulaan (graduan) sekitar Rm1400 dan tambahan beberapa elaun bulanan tidak sepadan dengan bebanan yang ditanggung para guru era PBS dan SPPBS.

Fikirkan juga masalah ini,

guru ditumbuk, dikejar dengan parang oleh ibu bapa, guru disaman, dan terkini guru dikerambit pelajar sendiri. guru mengandung ditendang pelajar, guru diasid oleh pelajar, guru difitnah pelajar dan lain-lain lagi.

Itulah nasib guru-guru di Malaysia. Dapatkan lebih maklumat tentang masalah guru di Malaysia dengan menggunakan kata kuci seperti guru, pbs,sppbs dan berkaitan.


NASIHAT GUA,

JADIKAN PERGURUAN KERJAYA PILIHAN TERAKHIR. JANGAN PERCAYA PADA JANJI POLITIK UNTUK MENAMBAH BAIK SISTEM PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN GURU.

MASALAH GURU TELAH SEKIAN LAMA DIKETAHUI TETAPI TIADA APA YANG DILAKUKAN PIHAK BERWAJIB MALAH MEREKA SEBENARNYA MENAMBAH KESENGSARAAN GURU DENGN PBS DAN SPPBS

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment