Saturday, January 25, 2014

FASAKH NURUL IZZAH SUATU YANG MENGECEWAKAN PEMINAT DAN PENGUNDI



Berita ini mungkin bukan lagi yang terkini tetapi gua tidak mahu ketinggalan menyimpan sisipan berita dari portal berita internet popular ini. Gua sebenarnya tidak mengikuti perkembangan Fasakh Izzah terhadap suaminya. Namun Izzah tetap MP yang gua minati dan sanjung tinggi kerana kebolehannya menuntut hak rakyat terutama di Lembah Pantai

Mengapa tutntut fasakh hanya Izzah dan suaminya sahaja yang tahu. Mungkin juga insan-insan yang rapat dengan mereka. Jika kesalahan berpihak kepada Izzah maka akan runtuhlah kepercayaan penyokong terhadap beliau. Jika sebaliknya, Izzah akan terus mendapat sokongan tidak berbelah bagi dari pengundi Lembah Pantai.
KL: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini melahirkan rasa sedih dengan cubaan gangguan oleh pihak tertentu yang menyentuh perkara peribadi beliau. Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menegaskan sedang berusaha gigih untuk memastikan kelangsungan perkahwinan beliau.
Berikut kenyataan ringkas beliau bersama Raja Ahmad Shahrir Raja Salim.

Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini.
Keluarga kami menjadi keutamaan. Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini.

Oleh Raja Ahmad Shahrir Raja Salim dan Nurul Izzah Anwar
Sementar itu menurut Utusan Online, permohonan tuntutan bercerai secara fasakh oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim akan disebut semula di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 18 Februari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 52 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 1984, kira-kira dua minggu lalu. Kes itu telah disebut kali pertama di hadapan Hakim Syarie, Ab. Malek Awang kelmarin (IH)

Reputasi dipertaruh, mampukah Puteri Reformasi bertahan 
Walaupun ia soal peribadi, namun keputusan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memfailkan petisyen untuk membatalkan perkahwinannya mungkin akan mencetuskan kesan politik dan situasi yang rumit. 
Menyorot kembali ketika beusia 18 tahun, imej 'Puteri Reformasi' telah berjaya membantunya mencecah garisan penamat sewaktu pemilihan parti pada 2010 dan dua pilihan raya umum.
Tetapi suasana yang menyelebungi isu petisyen tersebut, yang dihebahkan dalam laporan berita dan blog, mungkin boleh mencalarkan reputasinya itu 
Dalam melaporkan mengenai petisyen tersebut, beberapa organisasi berita mengaitkan Nurul dengan lelaki lain, dengan sebuah portal berita mencungkil bahan gosip, tetapi kemudian membuangnya dari artikel asalnya. 
Ada yang menyifatkan ibu kepada dua orang anaknya mempunyai potensi menjadi perdana menteri wanita pertama di negara ini. Tetapi apakah dia dapat mengharungi keributan ini? Dan sebagai peneraju utama dalam PKR, apakah bentuk kesannya terhadap parti itu?
Satu sumber dalaman parti yang rapat dengan Nurul, yang tidak mahu namanya disebut, bersetuju - sama ada ianya betul atau tidak - bahawa petisyen itu difailkan tidak sesuai langsung dengan masanya. 
Dengan pencalonan untuk pemilihan parti dijangka berlangsung Mac ini, Nurul telah menghulurkan "peluru" kepada pengkritiknya - di dalam dan luar PKR - apabila dia memilih untuk memfailkan petisyen tersebut akhir bulan lalu. 
"Apabila (rekahan dalam perkahwinannya) muncul, kami telah menjelaskan risikonya kepadanya. Kami memberitahunya: 'Jika anda tidak dapat menyelesaikannya, lambat laun ia akan terbongkar juga'. 
"Ya, dia memang mempunyai masalah dalam perkahwinannya, tapi selalunya ada dua pihak... Dia mungkin perlu membersihkan namanya. 
"Kami telah memberitahunya bahawa dia perlu sedar bahawa jika dia memfailkan (pembatalan perkahwinannya), ia akan memberi kesan kepada kerjayanya dan parti," kata seorang pemimpin PKR. 
Menurut pemimpin tersebut, sama ada dilanda krisis peribadi ini ataupun tidak, pengaruh Nurul dalam PKR mampu membolehkannya mempertahankan kedudukannya dengan mudah, tetapi kesan sampingannya kepada PKR merupakan kebimbangan yang lebih besar.
Boleh jejaskan sokongan 
Seorang ahli yang mengkaji sokongan pilihan raya untuk PKR berkata bukan petisyen perceraian itu yang dibimbangi, tetapi dakwaan wujudnya orang ketiga, boleh menjejaskan sokongan terutamanya di kalangan orang Melayu. 
Menurutnya, masyarakat Melayu mempunyai standard yang berbeza untuk ahli politik lelaki dan perempuan - dan seorang wanita yang dianggap sedemikian, akan diadili dengan lebih keras.
"Akan berlaku hakisan teruk (sokongan) dan kita bukan hanya bercakap tentang Kerinchi atau Pantai Dalam (kawasan majoriti Melayu berpendapatan rendah dalam kawasan pilihan rayanya Lembah Pantai)," katanya. 
Terdapat juga kekecewaan di kalangan ahli parti kerana selepas begitu banyak serangan terhadap karektor Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini muncul pula satu lagi dakwaan 'skandal' yang perlu diperjelas dan dipertahankan. 
Mereka berkata serangan juga boleh datang dari rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat yang menggunakan isu moral sebagai kayu pengukur untuk mengukur kepimpinan.
Mereka juga bimbang perkara itu boleh diseret menjadi tatapan awam melalui proses mahkamah. 
"Sama ada kita suka padanya atau tidak, dia adalah simbol parti. Orang akan kaitkan ini dengan Anwar, dia adalah anak perempuannya. Kita perlu melindungi Anwar," kata seorang pekerja parti. (MK)
lazimnya antara sebab isteri menuntut fasakh adalah kerana suami mempunyai isteri baru atau berhajat berkahwin lagi. Yang luar biasa di Malaysia ialah isteri mohon fasakh untuk berkahwin dengan lelaki lain.
Dalam kes Nurul Izzah.. segalanya adalah ????????????????????????????????????????

TUAN GURU HARUN TAIB - PERGINYA SEORANG MURABBI YANG DIKASIHI


adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini terutama yang berunsur agama disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment