Wednesday, January 29, 2014

DALAM PAS ADA UG DALAM PKR NAK GELAR APA YA?


Tergerak hati setelah membaca tulisan salah seorang otai cybertrooper Pakatan Rakyat di FB yang menyatakan bahawa DSAI terperangkap dengan janji lamanya kepada Azmin. Sehingga terpaksa mengambil jalan tengah untuk bertanding PRK Kajang dalam usaha melerai kemelut perebutan kuasa dalam PKR.

DSAI TIDAK BERSALAH DALAM ISU INI..DSAI BERTINDAK UNTUK MENYELAMATKAN PARTI. WAJAH DAN TUTUR KATA DSAI SEWAKTU SIDANG MEDIA BERSAMA TSRI KHALID SEPERTI MENANGGUNG SATU BEBANAN UNTUK MELAKSANAKANNYA. DEMI MENYELAMATKAN MASA DEPAN PARTI DSAI TERPAKSA MELAKUKANNYA.DSAI TERPERANGKAP DENGAN AZMIN ALI YANG BERCITA2 TINGGI UNTUK JAWATAN MB YANG PERNAH DIJANJIKAN KEPADANYA OLEH DSAI SENDIRI....AZMIN DAN DSAI PUNYAI IKATAN DAN PERJANJIAN ..DSAI KINI TERPERANGKAP .....!!! guruyaya ok

Jika itulah alasan MB TS Khalid Ibrahim akan diturunkan dan DSAI menerajui kepimpinan kerajaan PR Selangor, pastinya rakyat Selangor boleh menerima dengan syarat tiada penganiayaan ke atas TS Khalid Ibrahim yang dikasihi.

Jika benar DSAI dirancang ambil alih jawatan MB dari TS Khalid Ibrahim untuk meredakan perbalahan maka segalanya perlu dipermudahkan kepada seluruh rakyat Selangor.

Adakan sidang media. Perjelas isu. In Shaa Allah rakyat Selangor terutama para penyokong Pakatan Rakyat tidak kecewa dan memahami.

Sikap suka menyembunyikan kebenaran hanya akan merosakkan imej DSAI. DSAI akan dilihat sebagai seorang yang gila pangkat oleh sesetengah orang jika penjelasan tidak dibuat. Pakatan Rakyat akan turut menerima musibahnya.

Sekarang ini cybertrooper dan blogger pro Pakatan Rakyat tidak ada maklumat untuk diberi kepada para pengundi dan penyokong.

Kita saksikan wajah dan dengarkan tutur kata DSAI dalam video di bawah. 
Kehadiran Lim Kit Siang dan Salehudin menunjukkan ada agenda lebih besar.dari jawatan MB Selangor




Anasir dalam PKR ni nak diberi gelaran apa? cadangan anda dihargai....

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini terutama yang berunsur agama disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment