Wednesday, January 8, 2014

CINA KAPIR DAP AJAR ISLAM KEPADA AGAMAWAN MALAYSIA

Ketika ini kerajaan BN yang diterajui umno sibuk mencari duit bagi mengelakkan Malaysia jatuh bankrap pada 2019 dengan pelbagai cara termasuk dengan menganiaya rakyat Malaysia melalui kenaikan kos sara hidup ciptaan mereka.

Selain menyebabkan kenaikan kos sara hidup, BN juga tidak lupa dengan hasil judi yang menjanjikan pendapatan besar.

Menurut Anthony Loke, kerajaan telah meluluskan tambahan hari perjudian nombor ekor kepada 178 hari bagi tahun 2014. Tambahan hari perjudian itu akan menambah pendapatan kerajaan melalui cukai judi sebanyak RM150 juta.

Tidak diketahui bagaimana penambahan hari berjudi itu akan dilaksanakan tetapi melalui perkiraan matematik,  akan terdapat tujuh hari perjudian nombor ekor dalam tempoh dua minggu atau 14 hari. Atau 7/14 hari adalah hari berjudi nombor ekor.

DAP juga mencadangkan supaya hasil judi diletakkan dalam akaun khas bagi melindungi kepentingan umat Islam serta memberi manfaat kepada penganut bukan Islam.

Syor ini telah lama dibuat oleh PAS namun tidak mendapat perhatian yang sewajarnya oleh kerajaan Umno-BN. Kini, bukan sahaja PAS, malah DAP juga mencadangkan perkara yang sama – setelah memahami asas syariat Islam.

Anthony Loke, yang juga ahli parlimen Seremban menyatakan bahawa, dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang diterima pada Oktober tahun lalu mendedahkan kutipan cukai pertaruhan sejak 2008 hingga 2012 berjumlah RM6.29 bilion.

Sepatutnya Umno-BN berasa malu. Apatah lagi Umno-BN dengan lantangnya menonjokan diri sebagai juara pembela Islam di Malaysia.

Ke mana perginya penasihat agama dalam Umno-BN?

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment