Sunday, January 26, 2014

BANNER "ALLAH IS GREAT. JESUS IS THE SON OF ALLAH" DIKESAN DI PULAU PINANG

SUMBER GAMBAR - MALAYSIAKINI

Banner yang tertulis ALLAH IS GREAT. JESUS IS THE SON OF ALLAH dikesan digantung berdekatan gereja Katolik St John Britto di George Town dan Church of the Nativity of the Blessed Virgin Mary di Butterworth.

Para pemimpin gereja walaubagaimanapun mengutuk perbuatan menggantung banner tersebut seperti dilaporkan dalam twitter Lim Guan Eng.

Tidak dapat dipastikan pihak mana yang menggantung banner demikian. Perbuatan itu boleh jadi dilakukan siapa sahaja.

Mungkin orang islam yang buat kerana untuk mempertingkat tekanan ke atas gereja berikutan isu kalimah ALLAh yang masih belum selesai sekarang.

Dan mungkin juga dilakukan oleh orang kristian kerana membalas keceluparan sesetengah pihak yang melampau dalam isu berkenaan.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini terutama yang berunsur agama disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment