Thursday, January 16, 2014

AWAS!! ANDA AKAN BERDEPAN DENGAN PEMUDA UMNO JIKA MASIH MAIN KANGKUNG

Flashmob yang dianggap biadab oleh pemuda umno Terengganu

Setelah cybertrooper pro umno tidak berbunyi dalam mempertahankan Perdana Menteri yang di'kangkung'kan oleh netters melalui pelbagai rangkaian sosial, muncul lah Pemuda Umno Terengganu memberi amaran kepada sesiapa yang terus memainkan isu sayur kangkung.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar, Pemuda sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja untuk mempertahankan pemimpin negara daripada dihina dan dikotak-katikkan.

"Pergerakan Pemuda Umno negeri ingin memberi amaran agar tidak lagi melakukan penghinaan kepada pemimpin negara atau mereka perlu berdepan dengan Pemuda Umno jika masih berdegil," kata kenyataan itu.

Kangkung menjadi bahan untuk MEMBIDAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ekoran rasa tidak puas hati rakyat berikutan kenyataannya yang disebar dalam bentuk video.

Sebahagian rakyat berasa dihina dengan kenyataan tersebut. Ramai mempersoal apa pentingnya penurunan harga kangkung berbanding kenaikan harga sumber tenaga seperti minyak dan elektrik.

Penurunan harga kangkung tidak menyelesaikan masalah kenaikan harga barangan keperluan harian yang timbul akibat kenaikan harga minyak dan elektrik.

BBC juga tidak ketinggalan melaporkan kejadian tersebut dengan tajuk "Berhati-hati apabila bercakap tentang kangkung" melalui BBC Trending.

**Gua pun nak kasi warning juga...

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN UMNO, wo!!!
Timbalan Menteri pun kena tumbuk
Inikan pula lu orang

wakaka

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment:

  1. Mailah, Pemudo UMNo Tnganu, kito Pakatan sedio mu belancang blh goreng ngan Kangkong untk quinKong yang laki dah KengKang!! Crita lagi guna mulu' kna KongKong!
    Ade dego PM yg suka bwk crita Kangkong dan jdi bahan KahKah serata Dunia!

    ReplyDelete