Sunday, January 26, 2014

AWANG SELAMAT, PELAKON PORNO DAN TANGGAPAN MASYARAKAT

Awang Selamat adalah kolumnis popular surat khabar Utusan Malaysia sejak dulu kini dan selamanya. Beliau adalah kolumnis yang punyai reputasi tinggi di kalangan peminat setia Utusan Malaysia.

Sebagai kolumnis otai, Awang Selamat sepaturnya lebih peka akan pandangan masyarakat terhadap dirinya. Walaupun beliau seorang penulis yang hebat namun tindakan beliau yang menggunakan nama pelakon Porno untuk dicontohi Anwar Ibrahim adalah suatu yang pada pendapat gua boleh membawa tanggapan mendedahkan 'dalaman' dirinya sendiri.

Secara profesional, Awang Selamat patut menggunakan nama-nama ahli politik atau insan lain yang pernah dihalang memasuki sesuatu negara. Bukan Ozawa....

Bagi orang biasa, pastinya Maria Ozawa tidak dikenali kerana beliau bukan selebriti biasa. Beliau hanya dikenali peminat filem-filem porno sahaja.


Sebagai penulis yang mahir dalam selok-belok kewartawanan Sdr Awang Selamat sepatutnya sedar akan implikasi tulisannya itu terhadap diri sendiri. Pandangan serong ahli keluarga terdekat, saudara-mara dan rakan-taulan tidak dapat dielakkan.

Apatah lagi, rasanya Awang Selamat bukanlah orang muda kerana sejak gua muda, gua telah membaca tulisan beliau di Utusan Malaysia.

Menurut kolumnis Awang Selamat, Ozawa lebih berjiwa besar apabila tidak menyalahkan pemerintah Indonesia kerana dihalang masuk ke negara tersebut berbanding Anwar yang menyalahkan kerajaan Jepun dan Wisma Putra.
Pada tahun 2009 Ozawa atau dikenali sebagai Miyabi dihalang masuk ke negara Islam terbesar itu selepas menerima bantahan daripada NGO Islam republik tersebut.
"Dia sedikit pun tidak menyalahkan pihak Indonesia mahupun promoternya. Miyabi sedar bahawa dia yang menjadi punca permasalahan.
"Awang tertarik dengan sikap terbuka Miyabi walaupun dia dilabel sebagai tidak bermoral kerana kariernya itu, pelakon lucah lebih tahu menerima hakikat," kata Awang Selamat dalam edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia hari ini. - dipetik dari TMI

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini terutama yang berunsur agama disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment:

  1. betapa Awang Selamat adalah peminat pornografi tegar...seperti kebanyakan pemimpin UMNO spt Mahathir, Najib dan macai UMNO ..pornografi adalah media pujaan bagi menghapuskan resah kelangkang mereka...setelah disemak rupanya Ozawa adalah pelakon porno Jepun....jelas Awang Selamat lebih berpengetahuan ntentang kelucahan dari ramai penduduk Malaysia...syabas Awang porno Selamat...

    ReplyDelete