Thursday, January 30, 2014

AKIBAT MULUT, NOH OMAR BAKAL DIAIBKAN KHALID SAMAD


Selepas debat kalimah ALLAH dibatalkan sinar harian, berlaku sosoek-sosek Noh Omar mengejak Khalid Samat dalam beberapa statusnya di FB. Khalid Samad juga tidak ketinggalan membalas tulisan Noh Omar. Berlaku perang tanpa pengadil di media sosial.

Hari ini, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad memberikan tempoh 10 hari kepada Ketua Umno Selangor Datuk Noh Omar untuk menganjurkan debat berkenaan isu kalimah Allah selepas debat anjuran Sinar Harian dibatalkan.

Khalid berkata tindakan Noh yang sengaja hadir ke pejabat akhbar berkenaan pada hari debat antara mereka dibatalkan ibarat "Drama Kangkung", dan beliau bersedia bila-bila masa sekiranya Noh menganjurkan debat berkenaan.

Lawak kampung Noh Omar di Kompleks Karangkraf Shah Alam

"Saya bersedia 'disekolahkan' oleh Noh Omar. Tapi saya harap dia akan sekolahkan saya peringkat pasca ijazah, bukan darjah enam.

"Kita buat satu debat, saya dia dan moderator sahaja. Kita siar secara langsung.

"Kalau Noh Omar nak sekolahkan saya, susun satu program, dia, saya dan moderator buat dalam studio," katanya, ketika sidang media di Ibu Pejabat PAS di Shah Alam.

Debat anjuran Sinar Harian sebelum ini dibatalkan ekoran akhbar berkenaan menerima pelbagai reaksi negatif dan ancaman daripada beberapa pihak berhubung tajuk debat yang dianggap sensitif.

"Saya beri tempoh seminggu atau 10 hari. Kalau Noh tak mampu susun satu program ini, maka saya akan buat sendiri, saya akan panggil beliau.

"Kita tengoklah siapa sekolahkan siapa. Beliau nak ubah imej kepada seorang intelek daripada seorang samseng," kata Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau turut mengharapkan Noh dapat berdebat dengannya atas dasar intelek dan idea, bukannya atas faktor fizikal penyokong mereka.

"Kita bertarung atas idea dan hujah, bukan atas kekuatan fizikal penyokong," tambah Khalid.

"Tak perlu orang ramai, saya, dia dan moderator. Cukup. Tajuk kekal sama. Dan kita bahas," kata Khalid.




adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini terutama yang berunsur agama disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment