Friday, January 3, 2014

AGAMAWAN YANG HALALKAN DARAH PESERTA PERHIMPUNAN DIAJAR DR ASRI

Tidak disangka di negara ini ada juga agamawan yang menghalalkan darah orang lain hanya kerana mereka berhimpin untuk meluahkan rasa kekecewaan dan bantahan terhadap sesuatu isu.

Gua ingatkan syiah sahaja yang menghalalkan darah umat islam. Rupanya ada yang berlakon ASWJ juga mengeluarkan fatwa sedemikian.

Syukur ada orang macam Dr. Asri. Walaupun beliau dianggap wahabi namun gua masih tercari-cari video beliau yang menunjukkan beliau seorang wahabi.  Dah lama cari belum jumpa video yang sedemikian. Video tuduhan orang lain terhadapnya memang banyak.

Ini belasahan Dr. Asri terhadap agamawan cap ayam yang terlibat.

Di negara kita kini, lihat bagaimana ada pihak yang ‘so-called’ agamawan yang sibuk membaca dalil kepada rakyat supaya bersyukur dan jangan membazir kerana itu amalan syaitan. Dalam masa yang sama tidak pula aktif membaca nas-nas ini kepada golongan atasan.

Persoalannya, apakah ayat-ayat Tuhan ini hanya ditujukan kepada rakyat bawahan? Sementara golongan atasan, samada sultan ataupun menteri, ayat-ayat Tuhan tidak terkena mereka?

Ada agamawan yang menghalalkan darah orang bawahan yang berkumpul secara aman tanpa senjata. Kononnya mereka itu bughah yang dihalalkan bunuh.

Padahal bughah adalah istilah mempunyai takrifan dan konteks yang tersendiri. Tidak dinamakan bughah yang boleh diperangi oleh pemerintah rakyat yang berkumpul tanpa senjata.

Dalam konteks hari ini, apakah bughah dilakukan rakyat yang masih membayar cukai dan mengikut pelbagai peraturan yang tetapkan oleh negara?

Kita mungkin boleh tidak bersetuju dengan perhimpunan itu tapi apakah patut untuk dihalalkan darah awam sedemikian rupa? Lihatlah bagaimana agama boleh menjadi senjata kuasa politik sehingga perintah dibenarkan menumpah darah rakyat yang lemah.

Saya tidak menyeru kepada pengasingan agama dari politik kerana itu bukan tabiat Islam. Pun begitu, jika agama sekadar senjata untuk kepentingan politik, lebih baik ia diasingkan.

Politik Islam itu bukan semestinya membaca dalil agama itu dan ini sedangkan intipatinya tidak memenuhi maksud rahmat dan keadilan yang menjadi tujuan ajaran Islam.

Sekali lagi saya nukilkan kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H) tentang politik dan keadilan dalam al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Shar’iyyah:

“Berkata al-Shafi’i: 'Tiada siyasah (politik) melainkan apa yang menepati syarak'.

Kata Ibn ‘Aqil: 'Siyasah itu yang merupakan tindakan yang mana dengannya manusia lebih dekat kepada kebaikan dan jauh dari kerosakan, sekalipun ia tidak ditetapkan oleh Rasul dan diturunkan wahyu mengenainya. Jika engkau maksudkan dengan perkataanmu "Tiada siyasah melainkan apa yang menepati syarak" iaitu tidak menyanggahi apa yang syarak sebut, maka itu betul.

Jika engkau maksudkan tiada siyasah melainkan apa yang syarak sebut maka itu salah. Itu juga menyalahkan para sahabah... apabila zahirnya tanda-tanda keadilan dan wajahnya memancar sinar dalam apa jalan sekalipun, maka di situlah syariat Allah dan agamaNya... bahkan Allah s.w.t. telah menjelaskan bahawa apa yang Dia syariatkan mengenai jalan-jalan (hukum agama) tujuannya untuk menegakkan keadilan dalam kalangan hamba-hambaNya dan membolehkan manusia menegakkan keadilan. Apa-apa saja jalan yang dapat menghasilkan keadilan dan kesaksamaan maka itu dari agama ini, dan ia tidak menyanggahinya'."

~ Mohd Asri Zainul Abidin


Agamawan jenis apa yang menghalalkan darah peserta perhimpunan TURUN tu?

Siapakah kerajaan yang layak menangani bughah. Layakkah kerjaan BN?

Fahamkah Harussani akan maksud pemberontak yang dimaksudkan dalam islam.

nak kata bodoh, ada gelaran mufti... 

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

2 comments:

  1. Tan Sri Harussani Zakaria sudah membuka 'Gelanggang Perdebatan'...menyifatkan perhimpunan aman sebagai tindakan 'pemberontak' amatlah tidak wajar sama sekali.,.sebagai seorang yang berstatus 'Agamawan dan ilmuan', ternyata, kenyataan seperti itu menjelaskan bahawa diri nya amat tidak peka dengan isu yang melibatkan kehidupan rakyat, beliau tidak memahami tujuan sebenar rakyat berhimpun,..mesti ditanyakan kepada Harussani.."dari mana sumber yang dia perolehi sehingga membuat kenyataan sebegitu..?..Bagaimana jika Harusaani dipertemukan dalam satu 'gelanggang perdebatan' agar kecelaruan yang timbul dapat segera diselesaikan..??..

    ReplyDelete