Sunday, December 22, 2013

ZAID IBRAHIM MINTA LESEN KASINO UNTUK MELAYU


Zaid Ibrahim dalam blognya menyeru kerajaan agar membenarkan lesen kasino untuk orang melayu supaya perniagaan bernilai berbilion ringgit itu boleh diperluaskan ke seluruh negara.

Zaid menegur putrajaya kerana hanya menghadkan perniagaan orang melayu kepada perniagaan yang 'halal' sahaja. Beliau membantah keras monopoli perniagaan perjudian yang diamalkan di Malaysia. Zaid tutut mendakwa sistem monopoli seperti itu tidak berlaku di mana-mana negara selain Malaysia.

Zaid mendakwa sistem monopoli yang diamalkan hanya muslihat untuk mengayakan kroni.

"Jika Islam adalah sebab sebenar untuk tidak membenarkan orang Melayu daripada mengambil bahagian, maka perlu ada satu larangan yang jelas," katanya.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment:

  1. Bila iman/akidah terlalu nipis atau tak ada langsung, daging babi pun jadi halal. Tapi tak menghairankan. Dah ada juga orang melayu yang islamnya tinggal pada nama.

    ReplyDelete