Thursday, December 19, 2013

ZAHID PUNYA PASAL KDN KENA GANYANG

Zaid Hamidi terus mengelupur setelah mendakwa orang nombor dua PAS adalah penganut syiah. 10 perkara yang kononnya bukti yang menunjukkan Mat Sabu menganuti syiah lebih kepada tuduhan bukan bukti.

Tiada satu perkara pun yang dinyatakan oleh KDN boleh dikategorikan sebagai bukti. Kesemuanya adalah berbentuk tuduhan.

Bukan sedikit orang yang mengkritik KDN setelah mendedahkan apa yang mereka dakwa sebagai 'bukti'

Selaian para blogger dan facebooker pro PR, KDN juga ditempelak oleh blogger pro umno sendiri. Ada blogger yang berasa malu dengan 'bukti' yang dikeluarkan oleh KDN.

Husam Musa menyifatkan KDN sebagai badut sarkas kerana 10 bukti yang diwar-warkan langsung tidak berupa bukti.

“Dakwaan itu menjadikan pertunjukan sarkas paling top di abad ini. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai tauke sarkas dan menjadikan pegawai Kementerian Dalam negeri (KDN) sebagai badut sarkas, bahkan selepas ini mereka boleh ronda seluruh Malaysia kerana semalam pertunjukan baru bermula di Putrajaya.

“Mereka boleh menghiburkan rakyat Malaysia yang sedang mengelamun dengan kenaikan harga barang. Selepas ini mereka boleh lupa beban kos sara hidup,”
kata Husam Musa.

Ibrahim Ali juga tidak melepaskan peluang membelasah KDN. Sebagai seorang yang meminati Kohmeini, Ibrahim turut merasa tempias daripada 10 bukti Mat Sabu Syiah.

Ketua Syiah Kedah terang-terang manafikan Mat Sabu syiah. Setidak-tidaknya bukan syiah Kedah. Beliau mendakwa tidak pernah bertemu Mat Sabu dalam mana-mana acara syiah sepanjang 5 tahun pemerhatiannya.

Menyedari 10 'bukti' yang KDN keluarkan tidak boleh diterima pakai sebagai bukti, Zahid mencabar Mat Sabu membuktikan dirinya bukan syiah.

Paling rosak minda, entah mana dia belajar yang tertuduh perlu memberikan bukti. Tukang tuduhlah sepatutnya memberikan bukti yang realistik bagi menyokong tuduhannya.

Setelah bukti dikeluarkan oleh tukang tuduh, baharulah tertuduh perlu membela diri.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment:

  1. puak-puak umno ni semua dah gila kuasa dan sudah tertanam dihati boleh buat apa suka dan kata apa suka ... dan yakin semua betul belaka hingga sanggup kata 'pada umnolah orang melayu bergantung harapan...', 'kalau tidak kerana umno, habis dah semua orang kuantan itu hanyut...', 'masa depan anak cucu orang melayu bergantung pada umno...'

    ReplyDelete