Sunday, December 15, 2013

ZAHID HAMIDI TAUKE SARKIS, KDN BADUT SARKIS - sapa kata?

Tidak ada lagi komedi, kali ini sarkas pula timbul.

Berdebuk tang dada. Telinga berdesing. Berdetap-detup jantung berdegar mendengar kritikan berapi Mahfuz Omar terhadap insan yang cuba mengaitkan Mat Sabu dengan syiah.

“Dakwaan itu menjadikan pertunjukan sarkas paling top di abad ini. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai tauke sarkas dan menjadikan pegawai Kementerian Dalam negeri (KDN) sebagai badut sarkas, bahkan selepas ini mereka boleh ronda seluruh Malaysia kerana semalam pertunjukan baru bermula di Putrajaya.

“Mereka boleh menghiburkan rakyat Malaysia yang sedang mengelamun dengan kenaikan harga barang. Selepas ini mereka boleh lupa beban kos sara hidup,” katanya.

Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang akhbar mendedahkan 10 bukti yang mengaitkan Mat Sabu dengan fahaman Syiah.

KDN dalam sidang medianya juga mengemukakan hujah mengaitkan Mat Sabu dengan Syiah antaranya dakwaan berselawat seperti penganut mazhab itu dan mengagumi pemimpinnnya, Ayatullah Khomeini.

alif mim nun wau = sarkis

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

2 comments:

  1. Tepat betul P. Ramlee kata Alif Mim Nun Wau sarkas sebab dalamnya banyak binatang2 lawak dan badut. Yang tukang sapu berak binatang dalam sarkas tu diberi pangkat KSU!!

    ReplyDelete