Wednesday, December 4, 2013

USTAZ KAZIM TOLAK JAWATAN MT UMNO KERANA SAYANG KELUARGA

Uztaz Kazim Elias dilaporkan Sinar Harian sebagai menolak tawaran PM untuk menjadi ahli MT umno.

Kazim sebelum ini meminta sedikit masa untuk berbincang dengan PM sebelum membuat keputusan.


Ustaz Kazim dilaporkan membuat kenyataan penolakan jawatan itu di hadapan ribuan penonton ceramah beliau di Taman Ria , Sungai Petani.

Banyak faktor yang boleh dikaitkan sebagai punca penolakan Ustaz Kazim.

Abang beliau sebelum ini membantah cadangan Ustaz Kazim untuk mempertimbang pelawaan tersebut.

Keluarganya juga terpaksa meninggalkan rumah untuk ke kampung buat sementara waktu kerana tidak tahan dengan kritikan melampau yang ditujukan kepada Ustaz Kazim di media-media sosial oleh para peminat beliau sendiri.

Selain itu Ustaz Kazim juga perlu menimbang setara mana tanggungjawabnya sebagai MT umno. Jika beliau tidak diberi ruang untuk menegur sesuatu perlakuan, tindakan dan prinsip dalam umno maka lebih beliau tidak menyertai parti itu.

Penyertaan beliau ke dalam umno hanya akan membawa imej buruk jika tidak berjaya mengubah umno walaupun sedikit.

Sebagai penceramah bebas yang ada nama, beliau setidak-tidaknya berasa malu jika tidak membawa sebarang perubahan dalam umno. Walaupun tidak lagi menjadi ahli PAS, Ustaz Kazim terpaksa menolak jawatan tersebut atas alasan yang disimpannya sendiri.

Dari sudut politik, sama ada beliau terima atau tidak jawatan tersebut; tidak memberi sebarang impak kepada PAS.


adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

2 comments:

  1. diharap teruskan kerja dakwah dan jayakan pusat islam al barokah di manjoi tu. kpd org lain,toksah sibuk lagi kutuk die. susah mike nak minta maap di akhirat nnti.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Satu tindakan bijak dan teruskan memberi bimbingan agama kepada masyarakat, walaupun tidak lagi berada dalam Pas.

    ReplyDelete