Wednesday, December 11, 2013

TUAN IBRAHIM TUAN MAN DEDAH SIAPA MAT SABU (video inside)

Kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man dalam temubual dengan pemberita menyerlahkan siapa Mat Sabu sebenarnya. Tuan Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya tuduhan orang umno itu.

Beliau menegaskan bahawa kepimpinan PAS lebih mengetahui siapa dan latarbelakang ahli-ahlinya.

Beliau juga menempelak umno kerana membuat kenyataan tersebut untuk menutup kegagalan kerajaan barisan nasional dalam menyampaikan bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir Kuantan.

Kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man ini akan mendapat reaksi berbeza di kalangan penyokong dan ahli PAS sendiri kerana seperti yang kita ketahui banyak ahli PAS yang teringin sangat supaya Mat Sabu disingkir dari PAS atas dakwaan mengamal syiah.

Kelompok ini adalah mereka yang dipercayai terpengaruh dengan kelompok yang menyokong Unity Gov atau turut digelar UG. Mat Sabu adalah antara penentang kuat kerjasama politik PAS dengan UMNO.

Kita tunggu reaksi mereka di facebook. Gua akan siar setiap baris ayat mereka... In Shaa Allah.



adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment