Wednesday, January 1, 2014

SULTAN KOSEN LELAKI TERTINGGI DUNIA MENGERJAKAN HAJI



Perkongsian gambar yang dilakukan sahabat di facebook membuatkan admin tertanya-tanya akan siapakah gerangan lelaki dalam gambar di atas. 

Hasil carian mendapati beliau ialah Sultan Kosen seorang kelahiran Turki pada 10 Disember 1982.

Dengan ketinggian 8' 1" beliau dianugerahkan lelaki tertinggi dunia Buku Rekod Dunia Guinness.

Selain ketinggian, Sultan Kosen yang berketurunan Kurdish beragama Islam ini juga memegang rekod dunia kategori tangan dan kaki yang paling besar. Kaki kirinya berukuran 36.5 cm manakala kaki kanannya berukuran 35.5 cm . Tangan beliau berukuran 27.5 cm 

Gergasi Turki ini menemui jodohnya seorang wanita Syria yang dikahwininya pada Otober tahun ini (2013). Merve Dibo yang berketinggian 5' 8" berusia sepuluh tahun lebih muda dari Sultan.

Carian google tidak menemui maklumat tentang tarikh Sultan Kosen mengerjakan haji atau umrah.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment: