Tuesday, December 10, 2013

ROSMAH BUKAN HERO PEMBEBASAN IBRAHIM MOHD AZMI

Kenyatan PM yang dengan bongkaknya mendakwa Rosmah adalah orang yang bertanggungjawab mendapatkan pembebasan pelajar yang ditangkap polis Mesir tidak dapat dibuktikan.

Pertama sekali, Najib ternyata silap apabila mendakwa pelajar itu, Ibrahim Mohd Azmi ditangkap kerana tuduhan mengintip.

Hakikatnya Ibrahim Mohd Azmi ditangkap ketika bersama-sama konvoi Viva Paletine bersama-sama enam orang yang lain.

Beliau ditangkap ketika mengambil gambar kekerasan polis anti rusuhan Mesir terhadap sukarelawan Viva Palestine.

Mengenai penglibatan Rosmah pula, kabel diplomatik dan laporan antarabangsa membawa berita yang jauh berbeza.

Laporan antarabangsa menunjukkan bahawa perundingan antara pegawai Viva Palestina, Turki dan British dengan pihak berkuasa Mesir bagi membebaskan Ibrahim Mohd Azmi dan enam yang lain tanpa dakwaan, tidak menyebut langsung tentang campur tangan Rosmah.

Sebagai balasan Viva Palestine akan membebaskan dua orang polis anti rusuhan Mesir yang ditawan mereka.

Sangat aneh kerana tiada satu pun media antarabangsa melaporkan penglibatan Rosmah dengan usaha itu dalam carian di internet kecuali media tempatan iaitu the star.

Adalah tidak diketahui sejauh mana hubungan tidak rasmi Rosmah dengan isteri Hosny Mubarak, telah membantu pembebasan Ibrahim Mohd Azmi seperti yang didakwa oleh Najib dan the star.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

3 comments:

  1. lama dah tak dapat, Rosmah tak bagi kerana tu kena bodek..kihkihkihkih.....

    ReplyDelete
  2. Hebat benar ke Rosmah ni sampai pemeritah Mesir dengar cakap dia? Pooorraah!! Najib bolehlah dia kontrol, itu pun lepas juga dengan Altantuya. Tak lama lagi Najob akan kata Rosmahlah yang membolehkan Obama dipilih jadi presiden Amerika. Kah, kah, kah.

    ReplyDelete