Friday, December 27, 2013

PRK ADUN RUNGKUP DAN MANONG BAKAL GULINGKAN KERAJAAN PERAK


PRK mungkin akan dilaksanakan di dua DUn  Perak berikutan kesalahan pilihanraya yang dilakukan dua calon BN yang menang.

Mereka bakal kehilangan kerusi kerana melanggar artikel 30 perlembagaan negeri Perak berikutan saman dikemukakan calon Pas, Jamil Dzulkarnain dan Misbahul Munir Masduki.

Saman difailkan Jamil Dzulkarnain terhadap Adun Manong, Mohamed Kamil Shafie, sementara satu lagi difailkan Misbahul Munir Masduki terhadap Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Kedua Adun BN itu tidak menjadi penduduk negeri Perak semasa hari pengundian, seperti ditetapkan didalam artikel tersebut.

“Mereka menetap di Lembah Klang dan pemilihan mereka sebagai Adun bertentangan dengan Perlembagaan,” kata Robin Lim salah seorang peguam mewakili plaintif dalam kes tersebut.

Dalam tuntutan saman tersebut Jamil dan Misbahul Munir menyatakan, perkara itu dapat disahkan melalui alamat yang tertera di MyKad mereka yang mengesahkan bahawa mereka berdua bukan penduduk tetap negeri tersebut.

Melalui saman tersebut, Jamil dan Munir mahu mahkamah mengisytiharkan kedua-dua Adun tersebut digugurkan daripada jawatannya sebagai wakil rakyat serta menghalang Adun berkenaan menghadiri mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jika permohonan kedua-dua pemohon tersebut dipersetujui oleh mahkamah, maka kemenangan kedua-dua Adun tersebut akan terbatal dan pilihan raya semula perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

2 comments:

  1. salam,boleh add blog saya dalam bloglist tuan -http://beritapantas92.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. hohoho, jika betul akan berlaku prk di dun perak, maka kita akan boleh dengar geng ulamak pas berkata-kata. biasanya perkataan mereka itu byk mwnyusahkan pas, dan pas terpaksa menghabiskan byk masa memperjelaskan semula kekarutan mereka. ULAMAK BAIK DISANJUNG ULAMAK JAHAT KITA LANTUN

    ReplyDelete