Thursday, December 19, 2013

PERHIMPUNAN GULING KERAJAAN - GAMBAR YANG DITUNJUKKAN OLEH POLIS TIADA DI INTERNET


Keributan kononnya terdapat satu perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada malam 31 Disember di Dataran Merdeka adalah mengejutkan.

Amat diragui dari mana pihak polis mendapat gambar individu berkenaan tetapi tidak dapat mengesan orangnya.

Berdasarkan pengalaman, sesuatu gambar boleh dicari puncanya jika ia pernah disiarkan di internet. Sumber asal gambar itu boleh dicari dengan menggunakan khidmat percuma di internet.

Peliknya gambar yang ditunjukkan oleh polis tiada dalam carian internet.
zero face found

Maka timbul persoalan dari mana pihak polis mendapat gambar tersebut.

Labun kononnya perhimpunan untuk guling kerajaan bukan cerita baru. Labun ini sudah dimainkan pak menteri sejak Bersih 2.

Kenyataan Polis yang perlu diberi perhatian,

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya memandang serius perkara tersebut kerana jika ia benar (himpunan), mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 124 C Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

"Kita melihat perkara ini sebagai satu ancaman serius kepada negara. Kita akan pantau dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat," katanya.


Polis tidak boleh sewenang-wenangnya menangkap sesiapa tanpa bukti perhimpunan yang bakal diadakan ada kaitan dengan usaha menggulingkan kerajaan.

Kepada yang bakal menyertai perhimpunan tersebut sila berhati-hati kerana seperti biasa musuh akan turut bersama dalam perhimpunan tersebut bagi merosakkan matlamat. Mereka akan membuat onar dan kesalahan akan diletakkan di atas bahu penganjur.

Oleh kerana perhimpunan ini bukan perhimpunan politik, maka ada kemungkinan orang umno juga akan turun bersama. Seboleh-bolehnya elakkan daripada bersama mereka. Jauhilah mereka. Ingat macai boleh jadi apa sahaja.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

4 comments:

  1. Hai, musim cuti ni macam polis dah tak ada kerja lain ke? Takkan minta orang pakai topeng dan bawa bunga boleh tumbangkan kerajaan!! Biasanya yang selalu buat macam ni adalah kerja2 siput2 babi. maklumlah musim hujan ni, siput2 ni banyak keluar dari dalam tong2 sampah.

    ReplyDelete
  2. buka la malaysia kini tuan . ada terpampang

    ReplyDelete
  3. ada kot . dalam malaysia kini . ada gambar org2 yg x reti bersyukur kat dalam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakaka... kalau dalam malaysia kini sama la dengan di wasukalu.com... itu bukan sumber asal bro... cer tengok kat atas tu pun ada...

      Delete