Saturday, December 28, 2013

KOMEDI MAKAN DIRI - AKHIRNYA KERAJAAN MALAYSIA KANTOI MENGIKTIRAF SYIAH

Akhirnya segala perbuatan Zahid Hamidi menuduh Mat Sabu Syiah memakan diri dan kerajaan Barisan nasional yang diterajui ameno.

Malaysa Insider melaporkan bahawa pemimpin kerajaan barisan Nasional telah menandatangani pengiktirafan syiah sebagai satu mazhab dalam islam.

Patutlah syiah bermaharajalela di Malaysia. Tidak ada tangkapan dibuat terhadap ketua syiah Malaysia dan ketua syiah kedah yang sangat popular ketika ini.

Deklarasi Amman Message yang ditandatangani kerajaan mengiktiraf Syiah daripada kumpulan Jaafariyah dan Zaidiyah serta mengakui ia sebahagian dari ajaran Islam.

“Turut sama dalam deklarasi itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi,” Hanipa Maidin.

Menteri jaga agama pun segan nak habaq. 


JAKIM menyatakan bahawa kesemua ajaran syiah yang diamalkan di Malaysia sebagai menyeleweng. Oleh kerana menteri jaga agama berkata JAKIM tiada kuasa dakwa pengikut syiah. Kuasa terletak pada JAIN (Jabatan Agama ISlam Negeri), maka JAINlah yang bertanggungjawab menahan dan mendakwa pengikut syiah.

Mengikut sejarah ajaran sesat di Malaysia, orang yang didakwa menganuti sesuatu ajaran sesat akan diberi kaunseling dan dibebaskan. Contoh terbaik ialah Haji Ashari pengasas AL Arqam dan sebahagian pengikutnya.

Pengasas Qadiani juga ditahan dan diberi kaunseling. Kemudiannya didakwa tetapi bebas kerana mengaku bukan Islam.

Ayah Pin sehingga kini belum ditangkap. Ada yang mendakwa tiada waran tangkap dikeluarkan sehingga membuatkan Sultan Mizan murka.

Ajaran sesat di Malaysia menurut wikipedia
  1. Nasrul Haq 
  2. Budi Suci 
  3. Al-Watan
  4. Budi Suci Sejati
  5. Jawa Faradin
  6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
  7. Tusuk Hikmat
  8. Ilmu Kebatinan
  9. Potong Maya
  10. Naluri
  11. Kaula
  12. Haqqullah Syahadah
  13. Rampai
  14. Wali Suci
  15. Kalimat Sakti
  16. Silat Pukulan Jarak Jauh
  17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
  18. Zikir Sha`ban Islam Haq
  19. Asal Wujud Garis Laksmana
  20. Al-Ma`zat
  21. Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
  22. Ilmu Kebatinan
  23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
  24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
  25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
  26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
  27. Mohd Nordin Putih
  28. Nasrun S.T.Qahar
  29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
  30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
  31. Wali Sembilan
  32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
  33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
  34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
  35. Al-Arqam
  36. Golongan Anti Hadis
  37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali #juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
  38. Syiah
  39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
  40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
  41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
  42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
  43. Tarikat Mufaridiah
  44. Ajaran Hassan Anak Rimau
  45. Tarikat Aurad Ismailiah
  46. Ajaran Martabat Tujuh
  47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
  48. Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh)
  49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
  50. Ajaran AhmadiahQadiani
  51. Ajaran Mohd Nor Seman
  52. Ajaran Ayah Pin
  53. Al-Ma`unah
  54. Ajaran Azhar Wahab
  55. Ajaran Hj.Banuar
  56. Ajaran Sesat Lia Eden

Kesemua kumpulan ini tidak dapat didakwa jika mereka mengaku bukan Islam. JAIN tiada kuasa ke atas orang bukan Islam. Yang mengaku Islam, jika masih aktif selepas diberi kaunseling, mereka hanya menjalankan kegiatan secara underground.

Sebaliknya syiah di Malaysia mengaku Islam. Oleh kerana JAKIM mendakwa syiah di Malaysia semuanya menyeleweng maka JAIN mempunyai kuasa untuk mendakwa mereka kerana ehwal Islam adalah dalam bidang kuasa JAIN.

Malangnya itu tidak berlaku. Syiah bebas mengamalkan fahaman mereka tanpa tanpa perlu berselindung. Terang dan nyata mereka mengaku syiah.

Berita penangkapan mereka yang dipercayai mengamalkan syiah ada dihebahkan tetapi berita pendakwaan ke atas mereka tidak ada.

Berapa penganut syiah yang didakwa JAIN di seluruh negara?
Apa hukuman yang dikenakan?

Harap JAKIM ada statistik pendakwaan penganut syiah sebagai bukti mereka melaksanakan tugas memelihara Islam tanpa memilih bulu

Jika tiada statistik pendakwaan pengamal syiah, maka adalah wajar kita menganggap Malaysia mengiktiraf syiah secara keseluruhan bukan sahaja syiah Jaafariyah dan Zaidiyah.

wakaka

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

11 comments:

  1. kalau kerajaan Bn dah iktiraf Syiah, maka bodohlah DR zaminhan dan kuncu2nya menentang Syiah sebab kerajaan dah iktiraf..atau kerajaan tak dengar cakap JAKIM..maklumlah peranan JAKIM hanya sebagai terompah...dipakai untuk ketandas nak elak dari kena tahi....

    ReplyDelete
  2. kalau kerajaan Bn dah iktiraf Syiah, maka bodohlah DR zaminhan dan kuncu2nya menentang Syiah sebab kerajaan dah iktiraf..atau kerajaan tak dengar cakap JAKIM..maklumlah peranan JAKIM hanya sebagai terompah...dipakai untuk ketandas nak elak dari kena tahi....

    ReplyDelete
  3. Memang tabiat umno, apabila dia nak mencuri dia tuding orang lain dulu supaya rakyat percaya dan dalam diam2 umno akan lakukan pencurian. Lihat apabila umno nak bersahabat dengan yahudi dan panggil yahudi Apco jadi penasihat dia akan tuduh Anwar sebagai ejen yahudi; bila umno nak jadikan konunis sebagai kawan karib dia akan tuduh Pakatan Rakyat ada anasir kominis, dalam diam2 dia jemput wakil komunis dari China datang ke sini. Sekarang bila umno nak iktiraf syiah dia balun Mat Sabu dulu tuduh kawan tu menganut syiah dsbnya dengan bukti2 karut. Permainan umno ni rakyat boleh teka dan bau busuknya boleh dikesan sejauh 10 kilometer. Harap pemimpin2 Pakatan jangan tak faham2 mainan tolol umno ni lain kali.

    ReplyDelete
  4. 'kerajaan mengiktiraf Syiah daripada kumpulan Jaafariyah dan Zaidiyah'. jakim kata aliran imam 12 (amalan pengikut di m'sia) bercanggah dgn ajaran islam.

    jadi 2 kumpulan tak sama la dgn 1 aliran tu. betui tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maknanya hanafi,hanbali,syafie dan maliki x sama lah dgn ahli sunnah waljamaah aswj?

      Delete
    2. yg tu hang kena tanya jakim la. aku takdak tauliah.

      Delete
  5. APa susah. Kalau Malaysia da iktiraf Syiah. Kenapa nak banteras Syiah? Deklarasi Amman Message bukan Malaysia je tandatangan, hampir semua negara Islam. Dunia da iktiraf kenapa Malaysia lak pelik...

    ReplyDelete
  6. UMN0 saja menghebohkan bab syiah ni supaya rakyat tak sedar mulai tahun baru semua harga akan naik dgn kenaikan harga tol dan minyak yg lalu serta TNB

    ReplyDelete
  7. UMN0 saja menghebohkan bab syiah ni supaya rakyat tak sedar mulai tahun baru semua harga akan naik dgn kenaikan harga tol dan minyak yg lalu serta TNB

    ReplyDelete
  8. yang tanda tangan tu bukan koman ramai yang profesor ada kot 500 orang termasuk shahidan kassim dan kj awat depa jadi setan bisu

    ReplyDelete