Tuesday, December 31, 2013

KITA TUNGGU PENDAKWAAN KE ATAS PEMILIK BOM MERCUN DI AMPANG


Jika pada bersih 2 (2011) polis membuat sidang akhbar menyatakan mereka menemui sejumlah molotov koktail dan parang, kini menjelang perhimpunan TURUN malam ini polis sekali lagi membuat sidang akhbar menemui mercun yang dipercayai bom dengan menunjukkan gambar mercun tersebut sebagai bukti.

Jika pada tahun 2011 tiada siapa didakwa atas pemilikan molotov koktail dan parang. Kita tunggu berita polis mendakwa lelaki yang ditangkap bersama mercun botol yang didakwa bom tersebut.

Jika kandungan dalam pvc tersebut adalah serbuk bunga api, ada kemungkinan ia adalah jenis yang sama yang pernah digunakan semasa mengebom penyokong Anwar Ibrahim di Jalan Duta (rujuk berita mstar)

Ini berita bom mercun dalam gambar di atas

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar, berkata bom itu ditemui ketika anggotanya memeriksa lelaki terbabit yang dilihat dalam keadaan mencurigakan, kira-kira jam 10.30 pagi.

"Sebelum ditahan, suspek lelaki berusia 46 tahun itu dilihat mencurigakan dan tidak berhenti ketika diminta berbuat demikian oleh anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan itu.

"Polis merampas satu objek jenis paip PVC dan mempunyai sumbu bersama mercun botol disyaki bahan letupan buatan sendiri serta dua telefon bimbit milik suspek," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Jika tiada pendakwaan,
maka kita anggap, ini semua poyo sudahhhhh

TIPS KE DATARAN MERDEKA
Bagaimana nak ke Dataran Merdeka malam ini sambil seboleh-bolehnya menjamin keamanan dan keselamatan diri sendiri, masyarakat dan Negara??

1. Pakai pakaian berwarna hitam. Memakai T-shirt TURUN besar kemungkinan akan mengakibatkan anda ditahan sebelum pun sampai ke Dataran Merdeka. Jika polis pertikai kenapa anda memakai pakaian hitam, persoal balik mereka tentang adakah mana-mana undang-undang Negara yang melarang rakyat memakai pakaian berwarna hitam. Lautan hitam lebih menarik perhatian media antarabangsa; walaupun Rosmah dan suami pasti akan naik berang tetapi sekadar terpaksa memakan hati dan memendam rasa. Bukankah ini yang kita kehendakki???

2. Jangan membawa sebarang bentuk sepandok yang boleh mengakibatkan anda dihalang oleh anggota polis bertugas, lantas menjadi bahan propaganda murahan kerajaan Umno/BN. Jika perlu juga untuk melahirkan perasaan, bawa belon berwarna cerah (kuning, mislanya) dan pensil marker. Sudah tentu anda sedia maklum apa nak buat, ya tak??? Jika ditahan polis semata-mata kerana membawa belon dalam malam menyambut tahun baru, tahniah; kejadian ini akan menjadikan anda bahan berita antarabangsa keesokkan harinya.

3. Bergembiralah dalam parti tahun baru di Dataran Merdeka malam ini. Hormati juga orang lain yang ke sana kerana semata-mata nak menyambut tahun baru 2014. Jika ada sesiapa dilihat sedang cuba hendak menimbulkan kekacauan, berundur dan sediakan kamera masing-masing. Besar kemungkinan si pembuat kacau dibayar oleh Bukit Aman, dan selalunya mereka akan terlepas dari kesalahan, tetapi anda tidak. Jadi dalam hal ini, kamera anda senjata paling berguna.

4. Jika ada pelancong asing di sekitar Dataran, berdiri di sebelah mereka; ini kerana polis dan golongan pembuat kacau berupah tak mungkin akan rosakkan usaha ke arah menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014. Walaupun tindakan mereka membuat kacau dalam satu perhimpunan rakyat yang diadakan secara aman suatu tindakan orang kurang akal, tetapi dalam kedunguan itu mereka pasti akan elak membuat provokasi terhadap pelancong asing. Dan jika anda punyai kenalan dari bangsa mat salleh, latin amerika atau arab, ajak mereka sama-sama turun ke Dataran Merdeka, dan memakai serba hitam.

5. Bawa bersama bendera Malaysia kebanggaan kita semua, sentiasa bersedia untuk melaung-laungankan lagu kebangsaan Negara Ku. Ini adalah masa dan ketika paling sesuai untuk menunjukkan semangat patriotism anda sebenarnya sambil turut memberikan semangat kepada rakyat Malaysia yang lain. Ingat kata-kata penuh semangat G. Edward Abbey: “seorang patriot akan sentiasa bersedia untuk mempertahankan Negara dari kerajaannya.”

6. Ingat, sebagai satu peraturan umum: fikir dulu apakah tajuk berita yang akan keluar sebelum melakukan apa-apa. Kemampuan Dataran Merdeka untuk menampung kehadiran orang ramai adalah agak terhad. Peperangan sebenar akan berlaku di dalam media – surat khabar, tv, internet dan media sosial. Jadi, bergembiralah sambil menyelamatkan Negara.

Peringatan: panduan ini adalah berdasarkan pengalaman seorang yang pernah berkali-kali jadi tetamu polis tanpa melakukan apa-apa kesalahan jenayah. Jika anda perlukan panduan tentang kelakuan sepatutnya ketika berada di Dataran Merdeka malam ini, sila rujuk kepada laman rasmi ngo TURUN.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment