Friday, December 13, 2013

KEMUNCULAN API DI YAMAN DAN PERINGATAN HADIS


Api dipercayai dari dalam perut bumi muncul di al Salam Kota al Hodaidah Yaman pada 7 Jun lalu.

Ada yang menganggap kemunculan api misteri itu tanda bermulanya hari kiamat.Warga Yaman mengatakan sejak 10 hari yang lalu (bermula 7 Jun 2013) secara tiba tiba asap berkepul kepul keluar dari perut bumi. Kemudian wujud retakan yang memperlihatkan api dari dalam tanah muncul.

Apa yang berlaku ini adalah peringatan dari Allah yang sudah diberitahukan awal awal lagi.

Nabi saw bersabda,
'Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda tandanya.

'asap, Dajal, binatang, terbit matahari dari barat, turunnya Isa as, Yajuj n Majuj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di semenanjung Arab.Yang akhir sekali ialah api yang keluar dari negeri Yaman yang akan menghalau manusia ke padang mashyar (HR Muslim)

Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda
'Tidak akan terjadi hari kiamat sampai api keluar dari tanah hijaz yang menerangi leher leher unta di Bashra'.

Ibn Umar ra berkata, Rasulullah saw bersabda
'Akan muncul api dari bumi Adn (Yaman) sebelum hari kiamat.'Para sahabat berkata'wahai Rasulullah, apakah yang engkau perintahkan kpd kami? Baginda bersabda 'Hendaklah kamu pergi ke Syam'.

Huzaifah b, Yaman berkata, Rasulullah bersabda 'sungguh api akan menyerang kamu iaitu pada suatu hari yang akan padam di satu lembah yang bernama Barhut. Ia akan mengepung manusia.

Di dalamnya terdapat seksaan yang pedih. Ia akan melahap jiwa dan harta serta mengelilingi dunia selama lapan hari. Terbang seperti terbangnya angin dan awan, panasnya malam hari lebih menyengat dari panasnya siang hari. Ia memiliki suara yang bergemuruh antara langit dan bumi seperpti gemuruh suara petir yang berdentum. Ia lebih dekat dengan kepala daripada arsy.

Ada yang bertanya, Wahai Rasulullah, apakah pada hari itu api itu tidak akan melalui orang orang beriman lelaki dan perempuan?

Baginda menjawab,
'Dimanakah orang mukmin dan mukminat pada hari itu? Orang orang tersebut lebih teruk dari keldai, mereka berlari menjauh saperti berlarinya binatang, dan tidak ada satu pun dari mereka yg berkata, cukup, cukup!

Inilah api dahsyat yang muncul dari bumi Yaman dan menyelubungi manusia.Api yg mengandungi azab yg pedih yang akan menelan jiwa org org kafir dan fajir yg tidak mengingkari kemungkaran dan tidak mengakui kemakrufan dalam melaksanakan pelbagai dosa.

Mereka melakukan kemaksiatan sepantas burung dan seganas binatang buas, Hal itu sebagaimana disebutkan bahawa Allah swt telah mengirim angin yang lembut dari kain sutera. Allah swt akan mencabut nyawa orang orang kafir dan fajir. Pada waktu itulah hari kiamat berlaku setelah api mengiringi mereka ke padang mashyar..di negeri Syam.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment:

  1. Allahuakhbar! semoga Allah menerima taubat kita dan mengampuni segala dosa-dosa kita. Amin .

    ReplyDelete