Tuesday, December 31, 2013

INI TANGKAL KEBAL UNTUK PERHIMPUNAN 31 DISEMBER 2013


Barang siapa yang masih ragu-ragu untuk berhimpun pada hari ini 31.12.2013 sila hilangkan keraguan tersebut. Perlembagaan negara ada memperuntukkan kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman tanpa senjata dan bercakap untuk mengeluarkan buah fikiran.

Jika masih ragu juga, JUHAM ada menyediakan barisan peguam bagi membela anda selagi anda tidak melanggar undang-undang negara.

Ini kenyataan JUHAM
Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) menyeru semua rakyat Malaysia agar tidak bimbang untuk bersoladiriti menyuarakan bantahan terhadap kezaliman Umno-BN pada malam tahun baharu ini.

Pengarahnya, Noorazmir Zakaria berkata, pihak polis harus menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan tidak tunduk kepada tekanan Umno-BN yang semakin tidak relevan dan telah kehabisan talian hayat.

Menurut beliau, perhimpunan aman tersebut tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar luahan hati rakyat yang bakal berdepan pelbagai siri kenaikan harga barangan dan cukai perkhidmatan menjelang tahun 2014.

"Sejarah membuktikan Umno-BN akhirnya akan akur dengan kehendak rakyat seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Tindakan kerajaan itu hasil daripada pengorbanan dan penat lelah tanpa henti daripada rakyat yang bencikan kezaliman," jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakah.

NO TELEFON PARA PEGUAM PAS

016 631 1133
016 643 5544
016 634 6633

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

5 comments:

  1. buang masa layan pemimpin pas yang tak beretika

    ReplyDelete
  2. pas barua dap tak bolih percaya langsung

    ReplyDelete
  3. Apabila kita hanya ingat dunia sahaja kehidupan kita, beginilah akibat. Semuanya tidak betul.. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Pengasih, berdoalah kepada Allah, Insya Allah, semua kesusahan itu ada jalannya. Yakinlah pada Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DOA TETAP DOA IBARAT DUIT...DOA USAHA , IKHTIAR DAN TAWAKAL. MUDAH2AN ALLAH MENGHANCURKAN YANG BATIL DAN TEGAKKAN YANG HAK.

      Delete
  4. Sebenarnya, bila kita sedar dunia ini, hanya persinggahan untuk ke akhirat, kita akan lebih bersyukur dan kurang menuding jari mencari kesalahan orang. Muhasabah diri, ingat Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, bukan cara orang Mukmin untuk tunnjuk perasaan dan melakukan keganasan. Berdoa itu senjata orang Mukmin. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Mengetahui... Setiap kesusahan, ada jalannya, ada hikmahnya, tak perlulah tunjuk perasaan, percaya pada Allah, bukan percaya pada Anwar Ibrahim...

    ReplyDelete