Saturday, January 4, 2014

HASAN AL SAQQAF SYIAH BERBAJU SUNNI

Antara perkara yang perlu diawasi dalam negara ini ialah 'Syiah Berbaju Sunni'.

Ini seperti yang pernah berlaku di Jordan di mana seorang tokoh yang berakidah Syiah tetapi berpura-pura sunni.

Beliau ialah Hasan as-Saqqaf. Beliau berlagak aktif bermazhab Syafii dan mempertahankan ASWJ namun terbongkar beliau seorang Syiah. Jordan mengenakan tahanan ke atasnya kerana didakwa menjadi perisik Iran.

Dalam buku-bukunya beliau sibuk menuduh orang itu dan ini sebagai bukan ASWJ dan cuba mengeruhkan hubungan negara-negara umat Islam dengan Qatar dan Saudi atas tuduhan mereka bukan ASWJ.

Namun akhirnya beliau sendiri mengakui bermazhab Muktazilah. Sebenarnya bukan muktazilah tetapi Syiah. Namun kerana perbahasan akidah Syiah dan Muktazilah sama dalam isu kalam beliau mendakwa kononnya beliau muktazilah supaya lebih ringan.

Hasan as-Saqqaf mempunyai gelintir anak murid di negara-negara tertentu termasuk negara kita. Terima kasih pihak yang membikin video ini. Video ini mendedahkan Siapakah Hasan as-Saqqaf yang cuba dibela oleh sesetengah pihak terutama muridnya. - Dr Asri

saksikan hasan saqqaf dan pendiriannya


adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment