Thursday, December 19, 2013

GHANI PATAIL GAGAL PERBODOHKAN RAFIZI


Rafizi Ramli bukanlah seorang ahli politik cap ayam. Cubaan Ghani Patail memerangkap Rafizi dengan tawaran memeriksa akaun banknya di dalam dan luar negara disambut Rafizi dengan bijaksana.

Ramai maklum bahawa penyimpanan wang banyak sehingga boleh disyaki adalah mengundang padah.

Ramai penjenayah menggunakan akaun proksi untuk menyimpan wang mereka.

Tiada bukti dapat digunakan untuk mengaitkan mereka dengan jenayah yang mereka lakukan.

Inilah kenyataan Rafizi

“Kebenaran itu hendaklah mengandungi maklumat pengenalan beliau serta semua ahli keluarga terdekat seperti isteri, anak dan menantu, surat kebenaran beliau kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk kebenaran menyerahkan kepada saya maklumat syarikat beliau dan ahli keluarga terdekat mempunyai saham di Malaysia.

“Surat kebenaran kepada Bank Negara Malaysia dan pihak berkuasa untuk menyerahkan maklumat akaun bank yang dimiliki beliau dan ahli kelurga terdekat dengan maklumat perbankan setiap akaun dari Januari 2005 hingga Disember 2010 iaitu tempoh masa sebelum dan selepas kes Batu Putih,” kata Rafizi dalam sidang media PKR yang diadakan di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Rafizi dalam suratnya itu juga akan meminta surat kebenaran Gani untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa di Hong Kong yang bertanggungjawab dengan pendaftaran syarikat dan pihak yang berkuasa dalam menyelia industri bank untuk menyerahkan semua maklumat yang diperlukan dalam jangka masa sama.

Kita tunggu apa kata Ghani?

Gua salute lu Rafizi

wakaka

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

2 comments:

  1. Gani Patail ni dia rasa dia seorang Peguam Negara yg bijak dan dia ingat YB Rafizi tidak akan berani menyahut cabaran beliau dan ternyata telahan beliau meleset dan sekarang YB Rafizi telah menerima tawaran beliau dan di harap selepas ni kita tak nak dengar alasan2 bangang dari seorang Peguam Negara bagi mengelak AC beliau di periksa oleh Rafizi.

    ReplyDelete
  2. Kalaulah ada seribu Rafizi Ramli di Malaysia tah berapa banyak menteri penyangak masuk 'dalam' ,alhamdulillah & syabas tuan RR ! ABU !

    ReplyDelete