Tuesday, December 3, 2013

GANJA KINI HALAL DI AMERIKA SYARIKAT KERANA BERKHASIAT UNTUK KESIHATAN

Lebih daripada 12 negeri di United States telah menarik balik pengharaman ke atas ganja.

Colorado dan Washington telah menghalalkan pemilikan, penanaman, penjualan dan penghantaran ganja di seluruh negeri berkenaan.

Colorado mencatat sejarah menjadi negeri pertama di Amerika menghalalkan penggunaan ganja untuk tujuan rekreasi.

Selepas pilihanraya negeri pada 2012, Washington mengambil langkah menghalalkan penggunaan ganja bukan sahaja untuk kegunaan kesihatan tetapi juga untuk tujuan rekreasi.

Negeri-negeri lain seperti Alaska, California, Connecticut, Corolina Utara, Maine, Massachusetes, Nebrasca, Nevada, New York, Ohio, Oregon, Vermont telah mengambil langkah sama mengikut jejak Colorado dan Washington.

Negeri-negeri lain masih belum berbuat demikian.

6 kebaikan ganja untuk kesihatan untuk pertimbangan kerajaan Malaysia

1. Kanser
Bahan aktif dalam ganja yang dipanggil cannabinoids mampu mencegah tumor dan membunuh sel kanser

2. Sindrom Tourette
Satu dos cannabinoids mampu mengurangkan gejala sindrom selama beberapa jam berbanding placebo.

3. Sawan
Ganja merehatkan otot dan mengandungi 'antispasmodic' yang terbukti berkesan untuk mengekang kejadian sawan.

4. Glaukoma
Semua kajian menunjukkan ganja sangat baik untuk merawat glaukoma.

5. Migrain
Sebanyak 300,000 kes migrain dapat diselesaikan dengan menggunakan ganja.

6. Alzheimer
THC yang terdapat dalam ganja mengekang tindak balas dalam otak yang menyebabkan penyakit ini.

Malaysia sepatutnya bertindak serupa bagi menghalalkan ganja untuk kegunaan umum dengan syarat-syarat tertentu.

Menghalalkan ganja untuk kegunaan umum akan meningkatkan pendapatan negara melalui cukai jualan, cukai tanaman ganja dan perlesenan.

Oleh kerana ganja mampu membunuh sel kanser, bermakna kerajaan Malaysia akan dapat menyelamatkan perbelanjaan negara dalam merawat penyakit no.1 itu.

Penulis di wasukalu.com perlu diberi keutamaan lesen AP ganja setelah penarikan semula pengharaman ke atas ganja.

Saintis sahkan ganja bermanfaat untuk kesihatan manusia - mana mau beli?


*** cukai jangan lebih-lebih sangat ... 
GUA NAK CEBURI BISNESS NI 
wakaka

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

5 comments:

  1. Lu kena langkah mayat gua dulu bro.... hahahaha....

    ReplyDelete
  2. Boleh direct selling.Melayu boleh jadi bertambah bodoh dan undi UMNONG utk dapat bekalan.Bila rakyat bertambah pandai dan kurang pekerjaan jln terbaik utk matikan tuntutan mereka adalah dadah

    ReplyDelete