Sunday, December 15, 2013

GAMBAR MAT SABU PEGANG BATU KARBALA TERSEBAR

Mat Sabu dengan batu karbala
Setelah menafikan dirinya menganut fahaman syiah sejak beberapa tahun lalu melalui ucapan dan bukti video, kini Mat Sabu akhirnya terkantoi apabila gambarnya memegang batu karbala tersebar luas di internet.

Mat Sabu atau nama sebenarnya Mohamad Sabu dituduh menganuti syiah oleh KDN dengan mengemukakan 10 'bukti' cap ayam yang jika diteliti betul-betul hanya merupakan 10 'tuduhan'.

Bukti isu Mat Sabu syiah hanya sarkis  politik Zahid

Yang nyata KDN cuma menutup malu kerajaan Barisan Nasional yang tidak mengusahakan undang-undang melarang fahaman syiah dalam negara. Jangan lupa ini juga adalah kelemahan perlembagaan negara yang dipertahankan bn.

Tidak ada undang-undang sama ada sivil mahupun shariah di Malaysia melarang seseorang menganut fahaman syiah.

Menteri jaga agama pernah menyebut " boleh amal syiah tetapi tak boleh sebar"

Ketua syiah Malaysia yang mendakwa mempunyai keahlian 300,000 hingga satu juta syiah bebas ke sana ke mari walaupun terang-terangan mengaku menganut fahaman syiah.

Pernah berdebat dengan ahli sunnah wal jamaah dalam isu agama . (video sila cari di youtube)


Gambar  di atas menunjukkan ketua syiah Kedah yang mana para pengikutnya pernah membuat laporan polis terhadap mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin.

Mereka ini juga sah menganuti syiah. KDN atau JAKIM tidak tangkap dan dakwa mereka kerana tiada undang-undang melarang seseorang menganuti fahaman syiah. Inilah kelemahan kerajaan bn yang cuba ditutup oleh Zahid.

Tuduh Mat Sabu syiah hanya untuk mendapat keuntungan politik semata-mata.

"Untuk makluman, di bawah Jadual 9 perlembagaan negara, Islam berada di bawah negeri masing-masing, jadi segala bentuk penyelenggaraan berkaitan isu agama adalah di bawah Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri." kata menteri jaga agama.

JAKIM dan menteri jaga agama gagal membentuk satu mekanisme untuk memudahkan penganut syiah dikenali oleh ASWJ di Malaysia. Tanpa mekanimse memperkenalkan syiah, ramai wanita ASWJ terperangkap menikahi lelaki syiah.

JAKIM dan menteri jaga agama bukan sahaja gagal membendung syiah tetapi gagal mempertahan akidah ASWJ terutama wanita daripada perangkap syiah.


Bagi menutup kelemahan tersebut JAKIM mengeluarkan kenyataan bahawasanya hanya 1500 penganut syiah di seluruh negara Malaysia dengan menamakan Selangor, Perak dan Johor sebagai pusat kegiatan utama tanpa menyebut negeri Kedah.

Kenyataan ini bercanggah sekali dengan dakwaan ketua syiah Malaysia.

MENGANUT SYIAH BUKAN SATU KESALAHAN DI MALAYSIA


*** ITU BUKAN BATU KARBALA (saja nak kasi macai syok)


wakaka

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

4 comments:

  1. Yang terang tak tangkap..yang tak betul sibuk canang. Aku tak tahu la macam mana mereka nak cari sorang-sorang di padang mahsyar nanti untuk minta maaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oang Islam yang betul-betul atas dunia ni hanya UM..sahaja..yang lain termasuk negara2 yang dulu UM...kata Islam dah jadi tak Islam pula....jadi.... orang Islam tak berapa orang lah dari tujuh bilion manusia atas dunia ni..Politik UM...dah 15 tahun teruk....sedih-sedih...jom daftar masuk UM...bukan masuk Islam...

      Delete
  2. Zahid. Jakim. Tangkaplah tukang2 buat rumah yang melambak pegang batu karbala setiap hari. Untuk membantu anda menganali mereka, batu karbala di Malaysia ni dikenali dengan batu bata. kah, kah, kah,kah... mengong punya olang. Ini macam menteli pun ala.

    ReplyDelete