Friday, December 20, 2013

Fethullah Gulen pendakwah Islam khianati Turki

Mustafa Demir , Datuk Bandar daerah Fatih di Istanbul
 adalah antara mereka yang ditahan

Lima ketua polis telah dilucutkan jawatan  di Istanbul sehari selepas menahan 52 orang termasuk tiga anak menteri kabinet.atas tuduhan rasuah.

Seorang anggota kanan kerajaan yang ditangkap mendakwa siasatan itu bertujuan untuk mencemarkan reputasinya.

Ramai berpendapat, Persengketaan antara kerajaan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan dengan Fethullah Gulen bekas sekutu yang sangat berpengaruh yang juga pendakwah Islam yang berpangkalan di Amerika adalah punca kemelut ini.

Gulen walaupun seorang pendakwah tetapi lebih cenderung kepada sekular. beliau menyeru para pengikutnya supaya membina sekolah tetapi bukan masjid.

Kerajaan Turki sebelum ini telah menutup rangkaian sekolah sekular persendirian milik  pergerakan Hizmet yang diasaskan oleh Fethullah Gulen

Hizmet bergerak secara underground tanpa pertubuhan berdaftar dan keahlian yang rasmi. Namun Hizmet telah berkembang menjadi satu organisasi Islam tidak rasmi  terbesar di dunia. Pengikutnya dilaporkan menderma 5 hingga 10% daripada pendapatan mereka kepada pertubuhan yang berkaitan dengan Hizmet

Terdapat berjuta-juta ahli Hizmet dalam kerajaan Turki. Antara mereka adalah pemegang jawatan tinggi dalam kerajaan seperti psukan polis, risikan, kehakiman dan dalam parti AK sendiri. Mereka banyak melakukan jenayah terhadap musuh iaitu pihak yang menentang Gulen.

Seorang ketua polis yang menulis tentang pengaruh Gulen dalam pasukan polis dan kehakiman dihukum penjara. Dua orang journalis penyiasatan juga mengalami nasib yang sama kerana mendedahkan perbuatan Gullen.

Lima pegawai tinggi polis yang dilucutkan jawatan ada kemungkinan terlibat dengan Gullen sehingga menahan 52 orang mengikut kehendak Gullen.

istana Gulen di US

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment:

  1. Gulen ni bolehlah diibaratkan iblis yang menyamar sebagai seorang alim. Tengok istananya saja dah boleh agak apa kecenderungannya , yang pastinya bukan islam.

    ReplyDelete