Wednesday, January 1, 2014

DR ASRI BELASAH IMAM MASJIDIL HARAM SHEIKH SU'UD SYURAIM

Dr Asri melalui facebooknya menafikan fenomena salji yang menimpa Mesir baru-baru ini sebagai tanda kiamat.

Sebelum itu Imam Masjidil Haram, Syeikh Su’ud Syuraim seperti dilaporkan dakwat tuna.com menyatakan bahawa hal tersebut telah membuktikan Nabi Muhammad S.A.W. benar-benar seorang nabi dan rasul yang menerima wahyu dari Allah S.W.T.

Beliau mengatakan bahwa salji adalah komponen utama dalam pembentukan sungai dan tumbuhan. Berjatuhannya salji di Jazirah Arab membuktikan kebenaran Rasulullah S.A.W.

Dalam sebuah hadits, Rasulullah S.A.W bersabda, “Hari Kiamat baru akan datang setelah negeri Arab kembali menjadi padang yang hijau dan sungai-sungai.”

Manakala menurut Dr. Asri,

“…sebenarnya perkataan 'Tanah
Arab' itu lebih merujuk kepada Jazirah Arab (Hijaz) dan boleh merangkumi Iraq, Yaman, Sham (Jordan Palestin dan Syria). Adapun Mesir ia bumi Afrika.

“Kemudian salji memang saban tahun turun di Jordan, Palestin dan Syria sejak sekian lama, maka itu bukan tanda kiamat.

Kerajaan malaysia kantoi iktiraf syiah

“Hadis itu sebut Tanah Arab kembali menjadi hijau dan sungai bererti dahulu telah pun demikian keadaannya. Apabila Jazirah Arab (Saudi), Iraq, Yemen, Syria, Jordan, Palestin dan sekitar menghijau dan banyak sungai maka itu itu tanda kiamat.. oleh itu hati-hati dalam memberi maksud hadis,” katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

*** DR Asri tidak menujukan tulisannya kepada sesiapa. Tajuk ditulis sedemikian sebagai gimik blogging. Harap maklum.

Kerajaan malaysia kantoi iktiraf syiah

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

5 comments:

  1. 'Berjatuhannya salji di Jazirah Arab membuktikan kebenaran Rasulullah S.A.W.'

    aik, sebelum ni takdak bukti la no.

    ReplyDelete
  2. nak tanya dr maza
    sapa yang kelaskan mesir itu benua afrika
    siapa yang menkelaskan benua-benua ini


    ReplyDelete
  3. gimmick yg boleh menjadi racun kpd orang yg tak baca habis!..

    ReplyDelete
  4. gimik yg boleh menjadi racun...ebrhatilah

    ReplyDelete