Monday, December 30, 2013

BOM MUNGKIN AKAN DIPASANG DI TEMPAT PERHIMPUNAN


Bom di tapak perhimpunan??? Mari kaji kemungkinannya.

Perkara yang sama pernah berlaku pada perhimpunan di Jalan Duta semasa menunggu keputusan perbicaraan Anwar Ibrahim pada 8 Januari 2012 (rujuk berita Mstar).

Tuduhan dikenakan kepada penyokong Anwar Ibrahim sendiri kononnya membawa bom tersebut. Tuduhan tersebut ternyata tidak berasas kerana mana mungkin mereka meletakkan bom di tempat mereka berhimpun.

Pengebom berani mati di negara bergolak sekalipun hanya akan meletupkan bom di badannya di kawasan yang dipenuhi musuh. Adakah penyokong Anwar ibrahim bodoh sangat untuk mengebom rakan-rakan seperjuangannya sendiri? (kecuali dah berpaling tadah dengan upah tertentu)

Cuba cari berita penangkapan dan pendakwaan terhadap dalang yang meletakkan bom tersebut. Gua cari tak jumpa...

Jika dikaji dari segi motif memang susah nak cari. Jika direka-reka akan menampakkan kejanggalannya.

Secara teori bom tersebut bukanlah didalangi oleh penyokong Anwar Ibrahim tetapi orang lain yang tidak setuju dengan perhimpunan tersebut.

Kini muncul lagi cerita bom yang direka tetapi dipercayai oleh polis Malaysia. Sepanjang siri perhimpunan Bersih dan lain-lain tidak pernah berlaku perserta perhimpunan membawa senjata walau sebilah pisau sekalipun. Inikan pula bom.

Kepada semua rakyat Malaysia yang bakal ke Dataran Merdeka pada malam tahun baru 2014, gua nasihatkan agar berhati-hati. Sejarah Bersih berkemungkinan akan berulang.

Cuba tanya diri kita sendiri berapa orang dari mereka yang melakukan keganasan telah ditangkap dan didakwa walau gambar dan video mereka melakukan keganasan terhadap kenderaan polis disebar meluas di internet.

tanya juga diri kita....
SIAPAKAH SEBENARNYA MEREKA??

SILA AWAS. BEST OF LUCK.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment: