Monday, December 2, 2013

BERSYUKURLAH DATUK FAUZI PERGI SEBAGAI SEORANG YANG BERIMAN

Semasa hayatnya Datuk Fauzi Shaari pernah menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan sebagai orang kuat Polis.

Beliau berpencen semasa menjawat jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Semasa menjawat Jawatan OCPD di Balai Polis Dang Wangi, beliau begitu aktif menjalankan aktiviti membanteras kegitan perjudian dan persundalan di Kuala Lumpur hingga meresahkan menteri pelancongan pada masa itu.

"kalau dok serbu sahaja, ia akan mengurangkan kedatangan pelancongan luar ke Malaysia." seperti di petik daripada tulisan di PASB

Kemasukan beliau dalam PAS mendapat pelbagai reaksi daripada ramai pihak baik penyokong umno mahupun PAS sendiri.

Mereka mengkritik PAS apabila Datuk Fauzi dilantik sebagai calon pilihanraya bagi parlimen Larut, satu kawasan yang mana 90% penduduknya mempunyai pertalian persaudaraan dengan beliau.

Semenjak menjadi ahli PAS beliau beberapa kali difitnah oleh manusia yang berpihak kepada musuh PAS. Antara tuduhan yang pernah dilontar ialah seperti dalam gambar di bawah.

fitnah ini dijawab di SINI
Turut dipersoal ialah sebuah banglo mewah bernilai jutaan ringgit di Seksyen 10, Shah Alam Selangor milik Almarhum Datuk Fauzi.

Namun kejujuran beliau terserlah apabila mencabar dirinya supaya disiasat jika berlaku sebarang penyelewengan hingga beliau mampu memiliki banglo mewah tersebut.

Pemergian beliau ke rahmatullah pada hari ini (8.17 malam 1.12.20130)  sangat menyedihkan ahli keluarga dan para penyokong beliau.

Namun percayalah janji ALLAH itu pasti. Bersyukurlah kerana Datuk Fauzi pergi dalam keadaan beriman. Perginya seseorang islam bukan untuk diratapi walaupun wajar untuk berasa sedih.

Yang hidup perlu teruskan perjuangan.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

2 comments:

  1. Innalillahhiwainnailaihirojiun.

    ReplyDelete
  2. macai-macai parti pandi kutty bergumbira lah depa ,ABU !

    ReplyDelete