Saturday, January 4, 2014

45 orang gadis lahirkan anak walaupun masih dara

PERINGATAN: Kejadian ini tidak ada kena mengena dan jauh sekali untuk menyamai dengan kelahiran Nabi Isa A.S.

Seorang profesor biostatistik di Universiti North Carolina di Chapel Hill, Amy Herring melaporkan bahawa hasil daripada penyelidikannya terhadap 5,340 gadis dan wanita hamil mendapati ada sebahagian mereka hamil tanpa hubungan seks.

Sejumlah 45 orang didapati hamil sebelum melakukan aktiviti seksual ataupun menggunakan teknik moden untuk mengandung.

Kajian yang dijalankan melalui dua set ujian bertulis ringkas itu menunjukkan tarikh hamil dan tarikh melakukan seks yang melibatkan penetrasi vagina buat kali pertama.

Kajian beliau mendapati mereka yang didapati mengandung sebelum penetrasi seksual adalah mereka yang berikrar untuk kekal dara sehingga berkahwin mengikut agama atau istiadat masing-masing.

*Setakat macam tu punya kajian , reka sendiri pun boleh... wakaka. Kebolehpercayaan terhadap eviden yang diberikan oleh kumpulan sasar adalah terlalu rendah.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment