Friday, November 1, 2013

video perobohan kg Hakka - Kesedihan tak terkira


Ahli Parlimen Seremban DAP Anthony Loke (gambar) termasuk Setiausaha Agung Parti Siosalis Malaysia (PSM) S Arutchelvan antara 19 orang yang ditahan oleh polis dipercayai menyekat operasi perobohan di Kampung Hakka dekat Mantin, Negeri Sembilan hari ini.

Turut ditahan ialah dua aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) iaitu Nalini Elumalai dan Thevarajan.

Selain itu, antara yang ditahan ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Hakka, Chong Tze Yaw, Mohd Amin, Hanif ,P Gunasegaran, Teo Kok Seong, J Arulkumar, Siow Woon Keng, Tham Chong King, Chew Seh Yong, Kau Piang, Ng Chin Tsai, Vijayagandi, Parames E dan Chiau Nyuk Keong.

Menurut Suaram, kesemua mereka yang ditahan kini dibawa ke Balai Polis Mantin.

Ini bukan pertama kali polis membuat penahanan berhubung isu perobohan Kampung Hakka 30 September lalu, pemimpin PSM itu dan 11 telah ditahan apabila mereka cuba menghentikan perobohan kampung bersejarah itu.

Ketua Polis Nilai Superitenden Mohd Yusof Awang mengesahkan penahanan 19 orang berhubung isu perobohan Kampung Hakka.

"Iya betul polis ada menahan 10 orang iaitu dua orang perempuan dan selebihnya ialah lelaki," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Mohd Yusof, kesemua 19 yang ditahan di Balai Polis Mantin kini telah menghalang penjawat awam dari melakukan tugas.

"Insiden bermula jam 9.30 pagi dan tangkapan pertama kita bermula kira-kira jam 10 pagi dan ia berterusan hingga tengah hari ini," katanya.

Mohd Yusof berkata buat masa ini, kesemua mereka yang ditahan kini sedang diambil keterangan.

"Kita masih belum putuskan tindakan susulan sama ada mereka akan direman atau boleh bebas dengan ikat jamin," katanya.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak perintah penangguhan ekoran rayuan yang difailkan penduduk kampung agar tidak merobohkan rumah mereka.

Menurut Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad berkata mahkamah tidak melihat ada sebab untuk menangguhkan arahan berkenaan.

Pertikaian antara penduduk kampung dan pihak pemaju bermula pada 2011 selepas mereka diarahkan mengosongkan kawasan seluas 33 ekar itu bagi memberi laluan kepada pihak pemaju Mega Nine bagi tujuan pembangunan komersil.

Difahamkan kira-kira 50 buah keluarga tinggal di kampung berkenaan selepas mereka menerima pampasan daripada pihak pemaju antara sebanyak RM1,500 hingga RM7,500 sementara 40 keluarga lagi memutuskan untuk terus tinggal di sana. – 31 Oktober, 2013.



adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment