Saturday, January 4, 2014

video hina islam terbitan Malaysia sudah wujud - tahniah


RANTAU PANJANG - Pas Rantau Panjang kecewa apabila ada pihak tidak bertanggung jawab menerbitkan video menghina Islam (hukum hudud), sehingga ia tersebar luas di laman sosial.

Yang Dipertua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun berkata, setelah melihat video itu berulang kali, beliau yakin lakonan itu sengaja dibuat bertujuan mahu menyakitkan hati umat Islam.

Menurutnya, lakonan dan dialog ceritanya terlalu menyimpang sehingga ke peringkat menghina agama mereka sendiri.

“Walaupun mungkin niat asal mahu mempersendakan Kerajaan Kelantan, namun mereka sebenarnya menjatuhkan maruah agama.

“Saya memberi amaran kepada pihak terbabit, agar tidak mempermainkan aqidah kerana ia boleh menjurus ke jalan yang dikutuk ALLAH SWT,” katanya.

Sementara itu, Adun Bukit Tuku, Abdul Rosul Mohamed berkata, video berkenaan berniat mahu memburukkan kepimpinan terutama menjelang Muktamar Pas kali ke-59 yang akan diadakan, Jumaat ini.

“Semua sedia maklum, pihak berkenaan pastinya menggunakan taktik memburukkan kepimpinan Pas menjelang pemilihan pemimpin parti.

“Pihak berkuasa sepatutnya bertindak tegas dengan menapis berita atau apa saja sumber yang tersebar melalui laman sosial,” katanya.

Video yang disertai beberapa wanita tidak menutup aurat, dikatakan mempertikai hukum hudud serta mengaitkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Video hina Islam: Pas beri amaran

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: November 20, 2013

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment: