Monday, November 25, 2013

Ulasan HEBAT pemimpin PAS di muktamar 59

Usrah: Utamakan wehdatul fiqh, amal dan qulub
"Zaman hari ini zaman media baru, orang lebih percaya dengan maklumat dari media baru dan tidak sukar untuk menerima penjelasan,"
Pengarah Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad

PAS perlu nasionalkan isu alam sekitar
"Kita bukan sahaja memperjuangkan isu Lynas seperti yang didakwa perwakilan Kedah tetapi kita juga pernah perjuangkan isu sampah di Batu Pahat Johor dan dahulu kita perjuangan isu insenarator di Broga dan kes itu menang di mahkamah.

Cuma lajnah alam sekitar memang tida banyak berceramah atau mengeluarkan kenyataan media kerana kita mengambil masa yang agak manjang untuk kajian dan penyelidikan sebelum bercakap kepada umum," Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkifli Mohd Omar

Tubuh skuad prihatin di setiap kawasan
"ziarah ukuhwah perlu dipertingkatkan kerana ramai penggerak veteran yang sudah tidak mampu bergiat cergas dalam parti dan mereka rasa terpinggir jika tidak diambil tahu hal kebajikan mereka. Mereka adalah insan yang sangat sensitif apabila kita tidak ambil tahu hal mereka," Dr Siti Mariah Mahmood

Perwakilan terlepas pandang bahas akta zalim
"Walaupun kerajaan telah memansuhkan ISA tetapi kembalikan roh ISA dalam udang-undang ini

Dakwah paling mudah untuk kita fahami adalah seruan dan ajakan. Ahli-ahli Parlimen kita jalankan dakwah juga di parlimen di mana mereka membahaskan polisi dan dasar kerajaan yang menzalimi rakyat

Dalam menyampaikan dakwah PAS janganlah terlalu memberi fokus kepada hudud sahaja.

Yang penting tonjol Islam dalam erti kata lebih luas. Syariat perlu kuasai ilmu Islam ini dan ilmu duniawi supaya orang tidak rasa Islam itu hanya hukum sahaja. Hukum sahaja tidak membantu kita dalam menerangkan Islam kepada orang bukan Islam." Hanipa Maidin.

"Apabila diisytiharkan menang, tak ada apa-apa sambutan. Ia hanya pertandingan persahabatan.

Ulasan yang Menang dan Kalah 

"Apabila diisytiharkan menang, tak ada apa-apa sambutan. Ia hanya pertandingan persahabatan. Kita bukan macam parti lawan perlu habis wang juta-juta untuk menang. Kita pertandingan biasa, semua dalam satu parti," Mohamad Sabu


Tiada jawatan tak halang saya bantu parti
"Ini bukan soal jawatan, tetapi kemahuan untuk terus berjuang untuk memartabatkan Islam di bumi Allah ini," Mahfuz Omar

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment