Saturday, January 4, 2014

si MILLIONAIRE ZAID MAIN JUDI NOMBOR EKOR - wakaka

Seronok membaca twitter Zaid. Benarkah dia seorang kaki judi nombor ekor? Bilionare macam dia pun main no ekor, untuk apa?

Jom baca apa tulisan beliau..

Langkah menghalang umat Islam daripada berjudi bertentangan dengan perlembagaan negara ini.

"Melarang orang Islam daripada berjudi bertentangan dengan perlembagaan. Tanggungjawab kerajaan bukan menjadikan orang Melayu lebih alim atau lebih beragama," katanya

Menulis di Twitter semalam, Zaid (gam,bar) juga berkata, larangan itu, sekali gus menunjukkan sikap pemimpin Islam yang hipokrit.

"Mereka berpura-pura alim dengan mencegah khalwat atau pembelian (nombor ekor) 4 digit. Saya suka membeli Sports Toto apabila hasilnya digunakan membantu sukan dan kebajikan.

"Kemudian pemimpin-pemimpin Islam memutuskan bermurah hati kepada Vincent," sindirnya.

Ekoran itu, Zaid menyindir, sekiranya Melaka serius ingin memeriksa orang Islam yang berjudi, mereka harus pergi ke kasino-kasino terkenal seperti di Melbourne, Vegas atau London.

"Jangan hukum pembeli 4 digit seperti saya," katanya lagi.

1st class punya balon... wa suka lu, Zaid


Ramai yang tersalah tafsir maksud Zaid,

Bagi admin Zaid cuba menyampaikan maksud,

Inilah perlembagaan yang patut ditukar. Perlembagaan Malaysia tidak berperanan untuk kemajuan Islam. Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab untuk memastikan orang melayu lebih alim dalam beragama berdasarkan perlembagaan sedia ada.

Pemimpin islam yang disebutnya merujuk kepada pemimpin dalam kerajaan atau senang cerita pak menteri yang ada nama islam. Kasino-kasino terkenal seperti di Melbourne, Vegas atau London pula merujuk kepada tempat para pemimpin islam seluruh dunia berjudi...

Mengapa hipokrit?
Sebagai pemimpin yang mengaku Islam dan menerajui negara yang didakwa mereka negara Islam, mereka tetap membenarkan lesen judi dikeluarkan. Seperti mana arak, judi juga diberikan lesen oleh kerajaan negara Islam Malaysia pimpinan melayu Islam.

Lepas tu mereka buat undang-undang tangkap ke atas mereka yang berjudi... bukan ke hipokrit namanya????

wakaka.. bravo zaid.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment