Wednesday, January 1, 2014

Selepas isteri, kini anak George W Bush pula memeluk Islam

Orang-orang barat kini sudah ramai yang sibuk dengan mempelajari ilmu islam, dan cuba mengikuti apa yang diperintahkan oleh Islam. Sehinggakan mereka dibukakan pintu hati untuk memeluk islam dengan penuh keimanan. Maka dari tahun ke tahun, ribuan orang-orang barat memeluk islam.

Pada tahun 2005 wanita pertama Amerika Syarikat, Laura Bush, isteri kepada George W. Bush diberitakan memeluk Islam di Jerusalem. Berita Laura Bush memeluk Islam memeranjatkan seluruh warga Amerika yang mendapat berita tersebut.

spoof.com

Kini anaknya pula diberitakan memeluk Islam video beliau memperkatakan tentang Al Quran dan Allah dimuatkan ke youtube pada 18.3.2013.

Kononnya Zakir Naik (pendakwah terkenal) mengumumkan penerimaan beliau (anak bush) terhadap Al Quran pada May 2012.

Carian google mendapati Bush hanya mempunyai sepasang anak kembar iaitu Barbara Pierce Bush (kakak)  dan Jenna Bush Hager (adik).

Gambar dalam video lebih mirip kepada Jenna Bush Hager yang berkulit cerah dan bermata hitam.

Jenna Bush Hager


Keraguan membuatkan admin terus mencari bukti/status keislamam ibu dan anak keluarga Bush ini. Namun apa yang memeranjatkan ialah siaran berita oleh Daily Mail 8 Nov. 2013 yang memaparkan gambar Jenna Bush Hager dengan pakaian seksi tanpa hijab.Ibunya Laura Bush juga demikian.

DailyMail. uk. 8 Nov.2013


Kesimpulannya berita keislaman dua beranak ini adalah palsu semata-mata.

Mengapa perlu publisiti murhan seperti ini. Tidakkah berita palsu sebegini memalukan Islam?

Tampak seolah-olah Islam begitu desperate untuk mendapat pengikut daripada golongan popular.

Siapakah wanita dalam video di atas? Wajahnya mirip wanita arab.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

7 comments:

  1. walaupun pope francis, rabbi, tok2 sami, paderi2 masok islam, tak payah la nak canang satu donia. islam perlu testimoni ka?

    ReplyDelete
  2. Assalaamu'alaikum w.b.t... Wanita dalam video bukan setakat rupanya orang Arab. Tetapi dia juga menyebut 'ya'ni' (yakni) ketika bercakap, yang biasanya hanya orang MAHIR ARAB saja yang sebut. Dan sebutan2 Arabic nya sangat fasih dan pekat. Adalah 'rare' bagi orang baru belajar Arabic boleh cakap pekat gitu . wallahu a'lam :)

    ReplyDelete
  3. Kit siang dan kapal Sink and SONS?

    ReplyDelete
  4. Benar ta perlu publisiti murahan.Nanti backfire dan makan diri sendiri.

    Macam Amstrong dengar takbir di bulan dan masuk Islam

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. cerita Mr bean masuk islam pun sama... menyakitkan hati sahaj... buat cerita gosip biarlah tanpa melibatkan agama... bagu gua ini satu penghinaan terhadap agama sendiri..

      Delete