Friday, November 8, 2013

Produk PAS tapi PKR dapat nama

Kenapa dalam senarai soalan PTM kepada calon pemimpin Dewan Pemuda Pas Pusat, soalan ke-3 menyentuh persoalan bagaimana mereka akan memposisikan bakat-bakat kepemimpinan anak muda yang Pas ada?

Inilah dua contoh pemimpin Pemuda yang telah mengikuti sistem tarbiah Pas sejak dari kampus, tetapi tidak diposisikan di tempat yang sepatutnya untuk memperkasa Dewan Pemuda Pas.

1) Mohd Hisomuddin Bakar

Beliau merupakan bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) sesi 2001/2002 yang sangat lantang dan tegas. Beliau menyertai PKR dan kini dilantik sebagai Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Negeri Kelantan. Beliau juga aktif dalam program-program berkaitan kajian strategik politik, termasuk menjadi Penasihat Eksekutif ILHAM Centre yang banyak menghasilkan kajian-kajian lapangan politik Negara.



2) Nazree Yunus
Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dengan Pengajian Islam (Pengkhususan Bioteknologi) dan sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Pengajian Strategi dan Pertahanan, kedua-duanya dari Universiti Malaya. Rekod kepemimpinan beliau sangat cemerlang, apabila pernah diamanahkan sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS). Kini beliau dilantik sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan dan Naib Ketua AMK Pusat. Pada PRU13 yang lalu, beliau mewakili PKR bertanding di Parlimen Kuala Pilah.

Alangkah hebatnya potensi-potensi anak muda yang dilahirkan oleh Pas. Bayangkan jika hari ini mereka diberi peluang untuk memimpin Dewan Pemuda Pas Pusat…

Masih bernasib baik lagi kerana mereka menyertai PKR. Cuba fikirkan apa akan berlaku jika mereka menyertai parti musuh?

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment