Wednesday, November 13, 2013

peruntukan Pakatan disalur kepada Ketua Bahagian Umno

DAP hari ini mengecam peruntukan pembangunan oleh kerajaan persekutuan kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) disalurkan kepada Ketua Bahagian Umno kerana menurutnya perbuatan tersebut adalah satu pengkhianatan kepada rakyat.

Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto (gambar) berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menderhaka kepada 51% rakyat apabila mereka telah mengundi untuk perubahan dan menolak Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu.

"Amat menjengkelkan apabila 51% rakyat sudah terang-terangan menolak Umno-BN, wang rakyat diserahkan kembali kepada Umno yang mempunyai sejarah 56 tahun pecah amanah kepada rakyat.
"Beranikah Najib menyerahkan kesemua wangnya kepada seorang perompak yang mengamalkan budaya rasuah?

Di manakah transformasi Perdana Menteri dan kerajaa, jika ideologi politik kalut masih dipegang sebagai asas hidup BN terutama sekali oleh Umno Baru yang masih mengamalkan politik lama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kasthuri berkata harapan rakyat terus dicabuli oleh satu rejim yang terus merompak dan menyapu hasil pembayar cukai ke dalam kantung mereka sendiri.

Katanya, pendirian ahli parlimen PR adalah peruntukan pembangunan mesti disalurkan kepada rakyat dan bukannya mana-mana parti politik BN supaya ia dapat digunakan bagi tujuan pembangunan dan keutamaan masyarakat di kawasan tersebut.

"Berapa lama lagi Najib dan konco-konconya akan terus menyeleweng dan memboroskan wang titik peluh rakyat marhaen? Kami, ahli parlimen PR berhak untuk mendapatkan peruntukan tersebut secara langsung tanpa melalui mana-mana parti politik BN.
"Pendirian yang menjjijikkan ini sudah lama membarah dan hakikatnya, rakyat jelata terus dianiaya oleh rejim BN yang kalau tak merompak daripada rakyat, tak sah ianya BN," katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapan berhubung penyaluran peruntukan kepada ahli parlimen menyatakan kerajaan persekutuan telah mengagihkan peruntukan sejumlah RM1 juta sejak Mei 2013 bagi semua ahli parlimen, termasuk daripada PR selepas pilihan raya umum lalu.

Namun peruntukan RM1 juta itu dipertikaikan oleh ahli parlimen PR setelah ia terletak di bawah bidang kuasa Pegawai Pembangunan Negeri bagi setiap negeri di bawah pentadbiran PR untuk tujuan pembangunan. – 12 November, 2013. - TMI

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment