Wednesday, November 20, 2013

Perlaksanaan hudud perlu kelulusan pusat - Agus taji Anwar Musa ke ni?

Pandangan Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff isu perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan yg hangat diperkatakan dan dimainkan oleh media... baik media arus pedana mahupun media media sosial pro-UMNO-BN

Puok juok UMNO yg cuba mempermainkan isu perlaksanaan hudud di Kelantan yg berlagak pandai TETAPI sebanarnya mereka 'BUTA' undang2 negara.

Hudud ini untuk dilaksanakan bukan untuk dipolitikkan. Tetapi bolehkah hudud ini dilaksanakan di Kelantan tanpa kelulusan kerajaan pusat?


Pun begitu, jika negeri tetap mahu melaksanakan hukum hudud ini, ia boleh dilakukan dengan meminta kerajaan pusat (parlimen) membuat undang-undang bagi hal yang sedemikian seperti yang terdapat dalam Perkara 76(1)(c). Hal ini pernah dibuat oleh kerajaan negeri selepas Undang-Undang Jenayah Hudud Kelantan diluluskan oleh DUN pada tahun 1993, namun ditolak poleh kerajaan pusat pada tahun 1994.

Setelah ditolak oleh kerajaan pusat, maka habislah ikhtiar negeri untuk melaksanakan hukum ini di negerinya. Jika dilaksanakan juga, maka ini adalah bertentangan dngan Perkara 75 perlembagaan yang menyatakan: “Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang Persekutuan, maka undang-undang Persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan undang-undang Negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu.”

Jadi, apa tindakan negeri jika mahu melaksanakan hudud? Negeri tidak perlu membawa hal ini ke pentas ceramah dan berterusan berjanji akan melaksanakan hukum ini. Itu omongan kosong. Yang boleh dilakukan ialah kerajaan negeri dan pusat berunding dan bertolak ansur untuk saling menyokong hukum ini di parlimen bagi dilaksanakan di Kelantan. Maka, ini memerlukan kekuatan politik kedua-dua peringkat kerajaan.

Jika kedua-dua peringkat kerjaaan tidak boleh bertolak ansur, carilah kaedah lain. Tapi janganlah berterussan mendesak hukum ini dilaksanakan jika tidak adanya kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri.

Cukuplah politikkan isu hudud ini...
-Prof. madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff

update 20.11.2013

Soalan DR Agus dalam usul no 5 itu gua rasa tidak ada masalah. sekiranya umno mahu menerima hudud maka PAS tidak akan menolak. Mahu menerima hudud bermakna umno sudah menerima Islam. Di saat itu tidak akan ada lagi Islam PAS dan Islam umno.

seruan atau cabaran?





Semoga wak cai sekelian berhenti menuduh kononnya PAS main wayang pasal hudud.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment:

  1. Pencerahan oleh Prof Madya Dr Agus. Cukuplah setakat apa yang telah diusahakan oleh kerajaan Pas di Kelantan. Di sisi Allah, tanggungjawab menegakkan Hukum Nya di Kelantan telah terlaksana. Pulangkan beban tanggungjawab tersebut atan bahu pemimpin2 Umno yang memeritah dan berkuasa. Biarlah mereka menjawabnya di depan RabulJalil nanti. Cukulah bagi Pas menerangkan kepada rakyat bahawa Hudud Allah terhalang oleh kerajaan Umno/BN.

    ReplyDelete