Monday, November 18, 2013

PAS tidak akan laksana hudud

Dr Shamrahayu Abdul Aziz
Kelantan tidak akan dapat meneruskan hukum hudud walaupun Mahkamah Syariah negeri itu bersedia melainkan usul tersebut dibahaskan dan diluluskan dalam Parlimen.

Penganalisis Perundangan, Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, hudud tidak dapat dilaksanakan di Kelantan kerana terikat dengan Akta Mahkamah Syariah 1965 di mana kuasa Dun dan bidang kuasa mahkamah syariah adalah tertakluk kepada akta tersebut.

“Isu ini kena bentang di Parlimen, kena bawa perbahasan di Parlimen untuk gubal rang undang-undang baru untuk memberikan kuasa penuh kepada mahkamah syariah sebagaimana kehendak hukum syarak.

“Tidak kisah siapa (ahli Parlimen) bawa usul tersebut tetapi akta Parlimen ini perlu melalui Jabatan Peguam Negara dan nak lulus bergantung pada Parlimen,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Shamrahayu berkata, tiada saluran lain bagi Kelantan untuk melaksanakan hudud memandangkan negeri tersebut berada dalam Malaysia, bermakna Kelantan perlu mengikut perlembagaan negara.

Beliau berkata, perlembagaan memberikan kuasa kepada parlimen untuk menentukan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah.

“Ini mengikut butiran 1 Senarai 2 Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan, di mana Parlimen pada 1965 meluluskan satu akta yang meletakkan bidang kuasa berkaitan hukuman yang boleh dibuat Dun untuk dilaksanakan.

“Undang-undang melangkaui tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan disekat,” katanya.

Beliau berkata, walaupun mahkamah bersedia, namun semua pihak perlu memahami bahawa mahkamah hanya melaksana, bukannya menggubal undang-undang tersebut. SH

Perlaksanaan hudud perlu kelulusan pusat - Agus


adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment