Saturday, January 4, 2014

Memali Yang Terluka - menyangggah dakwaan Ibrahim Libya sesat


1. Tidak ada sebarang fatwa yang dibuat ke atas as-syahid sebagai sesat.
2. Al Marhum Tuan Guru Hj Omar Zuhdi memfatwakan Ust Ibrahim Libya sebagai Syahid.
3. DYMM Sultan Kedah dan YDPA sekarang turut mencemar duli, menyiram air mawar ke atas pusaranya.
4. Malah tuan - tuan guru pondok di Kedah rata-ratanya menganggap al-marhum dan mereka yang terbunuh pada kejadian tersebut sbg syahid.- YB Ustaz Nasrudin Hassan

Jika dikira umur, telah berusia 28 tahun peristiwa Memali berlaku sejurus Operasi Angkara @ Operasi Hapus di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamed selaku Perdana Menteri ketika itu. Di bawah arahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Musa Hitam yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri kepungan dilakukan dan seramai 14 orang telah syahid dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Peristiwa berdarah ini sering diulang tayang dan terbaru luka ini dihiris kembali apabila akhbar perdana The Star sekali lagi menggelarkannya sebagai ajaran sesat dan ganas. Hakikatnya Memali hanyalah rakyat marhaen yang mempertahan diri dan tidak bersenjata. Dikepung dan diserang hanya kerana persepsi dan telahan rambang kerajaan bahawa mereka ini merbahaya. Walhal penduduk Memali hanyalah rakyat biasa yang hidup rukun beragama.

Di atas kerangka telahan dan persepsi itulah Memali dilukai. Sehingga ke hari ini cerita membahayakan keselamatan negara disebarkan dan mengkategorikan penduduk kampung Memali sebagai penganut ajaran sesat dan pengganas adalah sesuatu yang keterlaluan. Atas asas apa golongan yang berpegang pada prinsip gagasan Al-Quran dan Hadis Nabi SAW ini difitnah sekian lama. Ajaran sesat dan ganas yang bagaimana jika diperincikan boleh ditohmah sebagai sesat dan merbahaya.

Sedar atau tidak, tiada satu pun senarai kesesatan dan keganasan dikeluarkan. Yang ada hanyalah fitnah dan telahan yang tidak dirasmikan oleh pihak yang mengeluarkan arahan operasi hapus tersebut.

Justeru gelaran syahid yang diberikan ini adalah hasil dari seruan jihad di dalam Islam. Melabel syuhada Memali adalah juga menghina ajaran islam.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan sekali lagi menegaskan bahawa tuduhan sesat dan ganas ini adalah keterlaluan dan ia menghina agama Islam. The Star perlu menarik kembali gelaran sesat dan ganas yang disamakan Tuhan Harun, Imam Mahdi Group dan lain-lainnya. Sayugia permohonan maaf secara terbuka juga adalah dituntut. Memali hanyalah lakaran kisah mangsa telahan dan perpepsi sedangkan mereka muslim beriman yang beramal dengan agama.

Cukup-cukuplah mendera jiwa dan melukai Memali dengan tuduhan dan fitnah sebegini. Anak-anak Memali pastinya telah dewasa dan mereka lebih mengenali ayah-ayah dan ibu mereka. Yang syahid terbunuh, cedera dan di penjara. Usah menambah luka dan menekan emosi anak-anak Memali dengan pelbagai tohmah-dusta.

Para Syuhada' pastinya bahagia tenang di sana. usah lukakan anak-anak Memali yang tidak berdosa dengan fitnah-cerca dan secara sedar tohmah ini sebenarnya menghina ajaran islam.

Sekian.

Muhammad Hafiz Hj. Musa
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan /
Ketua
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kubang Kerian.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment