Wednesday, November 27, 2013

macai hina Ustaz Azizan kita marah, kita sendiri hina Harun Taib dan lain-lain.. apa cerita?

Artikel mk ini disiar untuk menunjukkan betapa buruknya kempen-kempen sempena muktamar PAS ke 59 yang berlangsung baru-baru ini.

Kempen-kempen tidak islamik turut diguna pakai oleh beberapa individu melalui laman sosial kendalian masing-masing. Gua sebelum ini kritik perbuatan mengunakan gambar anjing bagi menggantikan gambar seorang calon ketua pemuda swementara blog manjung mari mengkritik perbuatan mengKAFIRkan Mat Sabu.

Gua yakin banyak lagi kempen jijik yang tidak sampai ke pendengaran dan penglihatan gua kerana wujudnya berita Dewan Muslimat terpaksa mendesak Majlis Syura bertindak.

Gua tidak terkejut dengan berita mk ini,
mk

Puas rasanya gua cari sumber penghinaan tergadap Dato Harun Taib itu, namun belum ditemui. Gua yakin penghinaan itu wujud.

Gua memang sangat membenci cara kempen sebegini, sama ada memihak profesional atau ulama. Kempen sebegini dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam tidak sesuai sama sekali.

Berkempen dalam parti Islam sepatutnya dibuat dengan mengetengahkan kebolehan dan kepimpinan seseorang yang akan menguntungkan perjuangan Islam dan bukan dengan menghina mereka (saingan) dengan sesuatu yang tidak islamik dan fitnah.

Kita sama-sama marah apabila macai menggunakan kaki palsu yang dipotong untuk menggambarkan Almarhum Ustaz Azizan tetapi kini kita sendiri yang mengikut perbuatan mereka, menggunakan kaedah yang sama untuk menghina sesama sendiri semata-mata kerana mahu seseorang yang kita sokong itu berada di dalam kelompok kepimpinan tertinggi..

Islam itu agama kita yang menjadi wadah perjuangan kita semua melalui parti PAS.

Dari sudut yang lain islamikkah kita apabila pemikiran kita yang ditunjuk melalui perbuatan tidak melambangkan sedemikian?


adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

2 comments:

  1. Saya melihat kempen sampai mengkafirkan Mat Sabu itu adalah satu kaedah licik kerana ianya kempen Over kill yang pastinya memihak sokong kepada Mat Sabu

    ReplyDelete
  2. Terdapat banyak ayat Quran dan banyak hadith yang menyentuh tentang ulamak. Tapi orang pas liberal tanpa ilmu Islam, mereka pula hentam Ulamah. Sedangkan PAS menyokong konsep kepimpinan Ulamak. Sesmua golongan profesional dan ahtivis mesti berada dibawah ulamak. Kalau tidak mereka dianggap Nabi Muhammah sebagai Kibir (Takabbur)

    ReplyDelete